Skip to main content

Kisah KALI PERTAMA 2: Edisi Teknologi


Kali pertama GUNA KOMPUTER
Camni ler lebih kurang PC yang abg aku bawak balik dari obersea
gambar kredit: google
Kali pertama guna komputer masa tahun 1995 bila aku masuk kelas komputer kat sekolah. Masa tuh excited gila dapat belajar komputer. Zaman tuh kan komputer kan macam barangan mewah gitu tak macam sekarang komputer dah murah. Tapi hampeh rasa macam kena tipu. 2-3 kali kelas company yang bukak kelas kat sekolah tuh cabut plak. Nasib baik 1996 abg aku balik belajar dari US bawak balik komputer. Masa tuh memang tak boleh blah sebab sorang-sorang jakun tengok PC tuh kan. Siap ada giliran sorang-sorang adik beradik aku dok ngadap komputer. Bukan ada internet macam sekarang pun. Just dok belek-belek, main game solitare and game minesweep alah game bom tuh. Pastu abang aku ada bawak balik CD-ROM ensiklopedia n game budak-budak so apa lagi layan benda tuh jer lah. Hasilnya, alhamdulilah tak payah buang duit bayar kelas komputer, godeh-godeh sendiri kat rumah je. Lagi satu budak-budak zaman skrg mesti tak pernah jumpa floppy disk kan?


Kali pertama LAYARI WORLD WIDE WEB (INTERNET)
Ini ler rupa Yahoo tahun 1998
Gambar kredit to Google
Masa tahun 1997, masa tu aku dalam Lower Six (Tingkatan 6 Rendah daaa). Hehehe. Masa tu kena buat assignment pasal United Nations (UN). Untung budak-budak skrg nak buat research, ada internet pastu laju lak tuh. Kalau dulu nak buat assignment kena lah pegi library kan buat research tapi kebetulan masa tuh abang aku baru abis study kat US n dia dok cerita pasal internet ni n dia pun pasang lah internet guna provider nama JARING (ada lagi tak ek skrg?) kat rumah. So masa tuh baru lah search website UN. 1st time guna. Masa tuh wallla! terus assignment aku dapat tempat pertama! Zaman 1998 gitu internet mula ada kat sekolah-sekolah. Kebetulan aku nih Pengawas Pusat Sumber kan so dapat ler lepak kat library layan chatting! hahah lepas tuh pujuk-pujuk akak aku dia pun beli PC baru n buat sambungan internet ngan TMNET.  Dah lah slow tapi boleh sabar lagi nih. Actually aku rindu bunyi dial up internet. Memang legend betul bunyi tuh.


Sapa tak pernah dengar bunya dial up internet tuh camner meh tgk video kat bawah ni


Alta Vista, Lycos, Yahoo, Excite, AOL, MSN, Netscape nostalgia betul! 



Comments

  1. hehehe bunyi dial up internet sangat epic ahaha.. lepas tu kalo x lepas dialing up mesti serabut pegi check kat tepon betoi ke x sambung ngeh3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh hehehe benda paling frust kalau tak dapat connected kan? puas dok godeh2 kotak line telefon. Sekarang ni bukak laptop/pc jer dah ada connection kan

      Delete

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Resepi: Sushi

Dah lama nak rasa buat sushi sendiri. Asyik beli je apa kata buat sendiri kan. Aku nih memang peminat sushi. Tapi mampu beli sushi kat Jusco jer lah ekekeke. Tapi tuhlah kan kalau beli tuh macam mahal kalau buat sendiri boleh dapat banyak. Lagi lah anak-anak saudara aku mmg hantu sushi. So seperti biasa hari Sabtu kan hari masak-masak so apa lagi gulung sushi lah. 
Pada yang pertama kali buat sushi tuh boleh lah beli starter pack sushi nak kat Aeon or nama lamanya Jusco. Harganya RM29.90 kalau tak silap aku. Kat dalam starter pack tuh ada 1 bamboo untuk gulung sushi, satu pack halal seaweed, 1 botol cuka sushi yang halal dan 1 botol sos kicap cecah sushi yang halal. Beras sushi pulak boleh dibeli kat Aeon or Jusco jugak, nama berasnya Sumo, satu peket tuh 1 kg jer n harganya RM9.90.

Mula-mula tuh masa beras sushi macam korang masak nasi biasa. Tapi jangan banyak sangat airnya nanti lembik pulak. Lepas tuh boleh lah sediakan inti-inti untuk sushi tuh macam dalam gambar:-
Nombor 1 - In…