Hari-hari terakhir di Legoland...
Ayip sorg jer mandi kat WavePool ni |
Last month kiranya macam last ler aku dapat masuk Legoland dengan bersenang lenang bila-bila masa jer aku suka. Annual Pass sudah expired uwaaaaaa. Semua malas nak renew. Tak cukup duit katanya. Macam aku ok jer kot kalau nak renew. Tapi aku sorang jer. Orang lain ada anak-anak so kiranya banyak ler kosnya.
Awal pagi still kosong lagi |
Masa aku g cuti sekolah bulan 12 last year, Legoland offer Premium Pass renewal RM242.00. Premium Pass tu aku boleh masuk both park (dry & wet). Mahal cikit dari awal 2015 iaitu RM225.00. Tapi bila cek balik last month boleh plak naik RM315.00 plak. So memang takde ler nak renew. Kalau aku sorang takpe gak. Nih akak-akak aku ada anak-anak kan kalau dah 3-4 orang dah berapa RM kan?
Yang pasti ini paling di rindui! |
Confirm aku akan merindui nak makan kat kafe kat Legoland Waterpark nih. Kekadang niat datang Legoland nih bukan nak mandi pun tapi nak makan hihihi. Kalau datang mesti order Nasi Lemak Ayam Panggang yang berharga RM28.00 satu set & Seafood Plater kat atas nih yang berharga RM24.00 satu set. Ya makan kat Legoland nih memang mahal. Selalunya kalau dah plan nak gi, dua minggu sebelum tuh aku mesti kumpul sehari seringgit sebab nak makan punya pasal.
Tak sempat nak tengokk Lego Movie yang baru huhuhu |
Takpelah kalau rindu-rindu nanti kita ngendeng-ngendeng ler tiket murah kat memana-mana. Tapi actually ada perancangan untuk renew kad tuh cuma maybe tunggu akhir tahun nanti ler kot. Tapi ok gak ler kan kalau tak buang duit jer masuk Legoland n yang paling penting aku tengah meng'control' pemakanan aku so tak renew annual pass adalah keptusan yang paling tepat sekali.
Member since 5/3/2014 uwaaaa |
*baru jer cek website Legoland Malaysia, rupanya dah turun balik renew Premium Pass tu, RM242.00. blink! blink!
Comments
Post a Comment