Makan-Makan: Mee Goreng, Spaghetti Goreng dan sewaktu dengannya

Hahaha. Tengok gambar makanan banyak dalam handphone aku nak buang sayang. So sebelum buang baik letak kat blog aku ni kan. Lapar-lapar boleh tengok kat sini kan

Spaghetti Aglio Olia versi cheapskate. Udang kasi potong 5!
Fav aku ni. Kalau masak spaghetti ni mak aku leh makan sebab takde rasa masam-masam tomato tuh. Untuk resepi refer sini.

Mee Goreng Basah
Mee Goreng Basah ni aku makan time panas jer ler. Kalau tak panas kurang kick sikit kan. Sebab kekadang dah kering. Aku rindu betul Mee Goreng Restoran Tok Misai kat Larkin Perdana. Dari pagi sampai tengahari pun still sedap lagi! tapi malangnya kedai dah tutup.

Mee Telur Goreng
Mee telur nih macam mee kuning gak. Tapi dia mee yang kurang chemical ler. hihihi. Mee nih lagi sedap tapi tak tahan lama. Kalau boleh lepas beli kena terus masak. Sedap gak Mee ni. Untuk resepi sila refer sini.

Kuey Teow Goreng
Kuey Teow Goreng aku ni lain jer kan rupanya? Rupa memang tak menarik tapi rasanya walla! Ini di goreng dengan cara yang lain. Bawang & Lada ditumbuk n pakai lada fresh bukan lada kering blender tuh. Sedap dimakan ketika berbuka puasa.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat