Skip to main content

Terbaikkkk!


Last 2 week haritu layan kan si Mat Ayip tengok cerita BoboiBoy ni.

Actually masa time cuti sekolah haritu Abg aku merangkap pakcik si Mat Ayip tuh dah ajak tengok wayang. Beria dia ingat pakcik dia nak bawak tengok cerita BoboiBoy. Sekali boleh plak abang aku n anak-anak dia g tengok cerita Kung Fu Panda 3.

So frust ler Mat Ayip ni. Nak tak nak dia g lah jugak sebab dah beli tiket kan. Bukan dia tak suka tengok Kung Fu Panda 3 tuh tapi cousin dia, Abg Apis dah downloadkan filem tuh. So dia dah layan dulu Kung Fu Panda 3 tuh kat laptop Abg Apis dia tuh.

So akak aku pun pujuk ler aku bawak si Mat Ayip ni tengok BoboiBoy. Dia nak bawak dah leceh sikit sebab ada baby Mya tuh kan. So aku senyap-senyap beli ler tiket untuk hari Sabtu dua minggu lepas. 

Dia pun macam pelik sebab aku ngan dia keluar berdua jer. Siap tanya mak dia lagi aku nak bawak g mana. Mak dia cakap Ayip ada date ngan aku hehehe. Movie date. Bila dia tengok aku lalu JPO jer dia dah tau ler nak g tengok wayang kat AEON Kulaijaya ler tuh.

Yess. Tempat fav. baru aku untuk tengok wayang. Sebelum ni selalu layan AEON Tebrau City. Lepas tu pencen kejap daripada tengok wayang. La ni layan balik. Tapi selalu tengok cerita yang boleh layan ngan bebudak jer lah.

~ ~ ~ ~ ~ ~
Sinopsis:
Filem animasi ini mengisahkan sekumpulan makhluk asing bernama The Tengkotak tiba di bumi dan menculik Ochobot untuk menggunakannya mencari sebuah Sfera Kuasa yang tersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya perlu menyelamatkan Ochobot dan membongkar rahsia di sebalik Sfera Kuasa tersebut.
~ ~ ~ ~ ~

Apa-apa pun terbaikkk lah filem animasi nih. Bangga plak filem nih anak-anak Malaysia yang buat. Mat Ayip pun puas hati. Aku pun enjoy, aku bagi 5/5 bintang!

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.

Selamat Pagi!

Assalamulaikum dan selamat pagi semua! Mari kita mulakan hari dengan sarapan yang sihat! Tapi aku puasa ganti hari ni. Last day. Insya Allah.

Langit Petang

Takde modal nak tulis cerita so share gambar pemandangan jer lah ye. Tunggu modal datang dulu.