Travel

Lately, aku suka baca blog travel. Skrg nih tgh dok baca blog Kak Kiah Suka Travel

Suka baca blog dia ni. Kekadang ketawa sendiri depan PC. Kesian gak baca bila dia dapat travel partner yang banyak kerenah. Tapi aku memang suggest korang baca blog dia. Gaya penulisan dia memang tak membosankan. Rasa macam korg gi jenjalan sekali bila baca blog dia ni.

Bestnya kalau aku pun berani cam dia g travel sorang-sorang kan huhuhu.

Aku ni pun dah lama tak gi jenjalan.  Last tahun 2014 g Shanghai.

Aku pun suka travel. Dulu dok target setiap tahun mesti ada sekali g jenjalan naik kapal terbang. Tapi sejak kes MH370 & MH17 tuh akak aku dah seram nak naik kapal terbang. Kalau tak dia lah paling sakan setahun 2-3 kali g jenjalan obersea. 

Yelah kan sapa lagi travel partner aku kalau bukak akak aku tuh. Tapi sekarang ni ajak g umrah pun dia dah seram nak naik kapal terbang. Siap suruh aku bagi dia ubat tidur, tidur sebelum plane take off n bangun lepas landing. Camner tuh?

Tapi actually sekarang nih ada banyak reason untuk aku tak g jenjalan jauh. Faktor kewangan, kesihatan, family n cuti. So kiranya banyak reason ler n takdelah terkilan sgt kan.

Tapi camner pun ada beberapa negara yang aku nak pergi selagi hayat dikandung badan. Kira macam wishlist ler kan hihihi

1. South Korea
Sebagai peminat drama korea dan Running Man dah tentu ler South Korea adalah pilihan negara dalam wishlist travel aku. Tapi kengkawan aku yang dah pergi dok ckp jer kalau nak gi Korea Selatan nih kena sediakan kaki yang paling penting. Hehehe patutlah orang Korea kurus-kurus kan.

2. New Zealand
Sebagai peminat alam semula jadi, dah tentu ler New Zealand termasuk dalam list wishlist aku ni. Memang dah lama berangan nak g travel kat sini. Haritu akak aku ada gak cerita kwn dia buat trip guna caravan. Tapi lama sangat mana mungkin bos aku nak kasi cuti lelama. Tapi satu hari aku mesti jejakkan kaki aku kat sini. Insya Allah.

3. Switzerland
 Ahhhh cantikan ladang dandelion nih kan. Berlatarbelakangkan ngan pergunungan Alps. Tapi kalau nak gi sini cam boleh berangan jer kan?

4. Turkey
Aku dah pernah pergi Turkey, tapi takat Istanbul jer tuh pun 3 hari 2 malam jer. Mcm menyinggah jerlah sebelum gi Madinah. Kali ni nak explore bebetul Turkey nih. Tapi sekarang ni macam seram jer kan g Turkey sebab banyak bom meletup sana sini. 

5. Holland
Ini salah satu negara yang aku minat nak g. Nak g pun sebab nak gi tengok bunga tulip ngan kincir angin tuh. Tapi kalau nak g yang dekat gi Australia pun ada kan.


Oklah ini ler 5 negara aku nak g sangat. Ada lagi tempat lain tapi len kali ler bagi senarai. Actually kalau bebetul kumpul duit memang boleh pergi punya kan. 

Cuma banyak benda lain yang menghalang huhuhu.

Comments

  1. jom menabung sama-sama.. nak travel jugak lagi.. blog Kak Kiah tu memang kalo baca nak gelak2 je dia tulis hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh meh ler kita menabung bersama-sama. kannn blog kak kiah tuh mmg kelakar cuma lama dah tak berupdate

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tabung Haji