Diabetes Type 2

Akhirnya dah tau kegunaan diari yang dapat tiap-tiap tahun
Kalau tak jadi tempat conteng Mat Ayip jer
Benda yang paling menakutkan aku adalah bila doktor dah declare aku ni adalah penghidap Diabetes Type 2. Yup, penyakit yang paling aku nak elak sekali tapi akhirnya penyakit itu datang juga pada aku. Diabetes banyak komplikasi kalau tak jaga bebetul. Bila doktor ckp mcm tuh terus rasa badan sakit-sakit.

Awal bulan Mac haritu macam biasa ada appointment kat klinik pakar endo. kat Hospital Sultanah Aminah. Result darah semer tak cantik. Gula dalam darah 10.6% which is mmg tak bagus. Kolestrol jahat pun tinggi. Hati aku pun tak brp bagus. Bengkak dan berlemak. So apa lagi duduk lah dalam bilik doktor daripada pukul 8.30 pagi sampai 10 pagi dgr bebelan dan risikan apa yang aku makan, minum n buat dalam masa tiga bulan lepas last aku jumpa diorg bulan Disember last year.

Oleh kerana since last 2 appointment blood test aku tak cantik, makin naik kadar percent gulanya, so akhirnya doktor dah prescribe aku untuk amik insulin hari-hari sob sob sob.

kena suntik benda ni tiap-tiap
malam b4 ZzzZZzzz
Merayu gak ngan doktor suruh hold dulu amik insulin. Tapi masuk nih dah 3 kali appointment aku, sugar level aku menaik jer kan, so memang tak layan ler. Untuk keselamatan diri sendiri baik amik jer lah kan. Tapi amik dos rendah dulu. Dulu pernah kena suntik gak tapi bukan insulin (refer post ni). Victoza namanya. Ubat diabetes. Kesan dia 10kg berat aku turun. Tapi 3 bulan pertama jer lepas tuh ke lautttt . lemak aku degil betul. Terus kena stop ubat tuh sebab ubat tuh mahal ok. Aku cek kat internet satu pen jer dah RM400++ n satu pen guna sebulan.

Seumur hidup dapat 1 je

Lepas jumpa doktor g ler farmasi amik ubat, dapat ler pen kat atas ni. Doktor ckp jaga bebaik. Seumur hidup dapat 1 jer. Kalau hilang kena beli sendiri. Lepastu jumpa lah sister sebab nak ajar cara-cara nak suntik n jumpa err tak tau jawatan dia tapi dia dok cek kaki aku cos risiko pesakit diabetes kan kat kaki. Alhamdulilah kaki aku ok cuma diorg pesan n bagi tips jaga bebaik kaki ni. Kalau luka tak baik-baik cecepat kena g klinik.

Lepas selesai kat situ, dapat appointment kat klinik pakar mata plak.
Itu sambung lain lah ek. Nanti-nanti cerita

Comments

  1. OMG! r u okay? hope ur doing well.. jage diri ye :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u zara. alhamdulilah setakat ni i ok. but i kena control semuanya especially sugar. sedihnya banyak benda fav. kena tinggalkan sob sob sob.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tabung Haji