Skip to main content

Kos Pesakit Diabetes

Still cerita pasal Diabetes lagi.

Blood glucose System baru!
Actually bila dah sakit-sakit camni so banyak ler kos yang kena keluar. Nak tak nak kena lah kan beli benda nih semua kan cos kalau wat bodo lagi lah kos 'tinggi' yang aku dapat kang. 

Actually Blood Glucose Meter (BGM) tuh aku dah pernah ada. Aku beli masa tahun 2014.

Yang lama punya
Lepas tuh aku tinggalkan dalam kereta aku n aku rarely cek blood glucose aku start last year sbb malas n kos. Masa tuh memang mcm tak amik peduli pasal sugar level aku n aku pun assume takde lah tinggi mana n start last year gak aku rasa macam addicted n craving ngan benda-benda manis je padahal aku nih bukan mcm tuh. 

Last year bulan 8 aku kan accident so barang-barang dalam dashboard aku letak dalam 1 beg plastik nih. Tapi tah camner ada orang terbuang beg plastik tuh. So nangissss ler sbb banyak benda berharga kat dalam tuh termasuk lah BGM kat atas nih pun terbuang sama.

Lama gila tangguh beli benda alah nih. Yelah kan bukan murah nak beli baru. Doktor n nurse pun tak caya aku punya BGM hilang siap perli-perli aku lagi si akak nurse tuh. Igt aku sajer-sajer jer ckp hilang? Aku bukan kaya sajer-sajer beli baru sebab tak nak korg tgk BGM tuh. Actually masa appointment ngan doktor, diaorg nak tgk BGM kita. Kalau takat tulis kat buku hari-hari pun takut menipu kan. So ada patient sanggup beli baru sebab tak nak doktor tau yg bacaan tinggi. Tapi aku bukan mcm tuh ok. 

Bila jadi camni untuk kebaikan diri sendiri kena lah beli yang baru kan. Aku pun risau tak tau sugar level aku berapa. Guna BGM yang mmg sedia ada kat rumah nih cam menggila plak. Bacaan besau-besau sampai puluh2 sugar level aku. Menakutkan betul. BGM tuh da lama 10 tahun pun ada.

So bila beli membeli nih kan aku tgk tinggi gak kos nya. Bagi kebaikan kita bersama meh ler aku share anggaran kos yang perlu dibayar oleh pesakit diabetes. 

1. Blood Glucose Meter System
RM197.20 - RM19.72 (diskaun membership farmasi) = RM177.48
(dalam Standard kit ni ada 25 test strips yang berharga RM50)

2. Test Strips
RM98.80 - RM9.88 (tolak diskaun membership) =  RM88.92
(beli yang saving pack ada 60 stripes so kos satu strip RM1.48)

3. Fast Clix (Jarum)
RM53.00 - RM5.30 (tolak diskaun membership) = RM47.70
(ada 100 jarum so kos satu jarum RM0.47 n satu jarum boleh guna 2 kali)

4. Alcohol Swab
RM10.50 - RM1.05 (tolak diskaun membership) = RM9.45
(ada 100 keping n kos sekeping RM0.09)

5. Pen Needles 
RM10.00 sekotak
(ada 20 jarum n satu jarum guna 2 kali. Satu jarum RM0.50)

~   ~   ~   ~   ~   ~   ~   ~   ~

So purata sebulan:-

1. Test Stripes : 1 hari 3-4 kali (amik maksimum 4 kali) RM1.48 x 4 x 31 hari = RM183.52
2. Fast Clix: 1 hari 1 jarum RM0.47 x 31 hari = RM14.57
3. Alcohol Swabs: 1 hari utk test glucose 3-4 kali n Insulin 1 kali RM0.10 x 5 x 31 hari = RM15.50
4. Pen Needles: 1 hari 1 kali guna n 1 jarum boleh guna 2 kali RM0.25 x 31 hari = RM7.75

TOTAL: RM221.34

Itu baru cek glucose n insulin. Belum masuk bab makanan lagi. Kena amik meal replacement n nasi pun kena tukar beras. Yang itu nanti aku share di lain post yer.

Apa-apa pun semoga menjadi iktibar untuk korang menjaga kesihatan dan tak menjadi seperti aku.

Semua gambar sumber daripada Google

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.