Posts

Showing posts from July, 2013

Bila nak raya...

Image
Pemandangan biasa hari minggu nak masuk Malaysia. Kalau nak raya nih lagilah jangan cakap. Masuk Singapore jalan clear time pagi. Tapi kalau masuk Malaysia perghhh. Bila malam plak masuk Singapore plak jem. Bila nak raya nih memang mana2 shopping kompleks akan jemm. Org Johor + orang Singapore yang dtg nak shopping kat sini. Kalau kat Angsana tuh jangan ckp ler. Dulu masa zaman2 aku ske gi situ pukul 8 pagi dah tercongok depan pintu angsana.  Sebab nak kejar parking Tapi skrg nih Angsana dah ada saingan. Orang suka belanja kat Pasar Borong Pandan. Katanya baju2 kat situ harganya reasonable n apa2 nak cari utk raya semua ada. Tapi aku mmg tak g dua2 tempat tuh. Tak suka sesak2 ngan orang. Sejak last year macam tak minat nak beli apa2 utk raya. Baju, langsir or apa2 semua dah sediakan sebelum puasa lagi. Dengan kata lain dah prepare dari last year wakakakakka Awal kan perancangan aku? huhhuhuhu

Sushi

Image
Tetiba teringinnnnnn sangat nak makan adik beradik sushi nih. Aku mampu makan sushi Jusco jer. Sedap jugak. Nak buat sendiri daun nori & beras jepun ada nih.

Makan-Makan: Marrybrown Fish & Chips

Image
Pernah makan Marrybrown tak? Actually Marrybrown sedap jugak. Fish & Chip nya boleh tahan sedap. Ada chicken chop yang boleh dipilih antara 2 sos iaitu black pepper or mushroom. Ada menu nasi lemak & nasi ayam. Tapi aku jarang beli nih. Dan yang paling sedap sekali ada coslownya. Kalau tang ayam goreng tuh aku lebih prefer original lah. N certain2 time kekadang memang teringin sgt ngan ayam gorengnya. Kalau Marrybrown tempat aku kalau nak order ayam goreng memang agak lambat sikit. Diorg nak jaga kualiti so akan masak bila di order. Aku lebih suka macam tuh dari sekejap tapi dapat ayam yang dipanaskan semula. Kalau panaskan semula mana nak dpt yang juicy n tender. Frust betul! selalu kena kat KFC.

Makan-Makan: Seafood Aglio Olio

Image
Weee! Aglio Olio untuk buka puasa. Spaghetti fav. aku. Fav. sangat! Siap! Jemput makan semua.

Akhirnya!

Image
Akhirnya! Setelah hampir 11 tahun menunggu akhirnya siap juga n dapat kunci. Lama gila nunggu. Dari aku tengah belajar kat UiTM sampailah aku dah kerja baru siap. Rumah murah je. Mak aku yang punya. Dapat pun sebab kena halau dari rumah setinggan yang kitaorang duduk dulu. Dapat tawaran beli ek bukan dapat free. 19 tahun aku duduk kat rumah setinggan tuh. Daripada takde air kongsi pili air ramai-ramai sampailah dapat meter air sendiri. Daripada takde elektrik pakai generator sampailah TNB pasang tiang letrik Daripada jalan pasir jer sampailah jalan di tar. Daripada guna public phone sampailah TELEKOM pasang tiang. Daripada ruma ada 1 bilik sampailah jadi 3 bilik. Banyak betul kenangan pahit, manis, suka n duka kat situ. Banyak mengajar aku tentang kehidupan sebenar. Kat situ jugalah aku ada zaman kanak-kanak paling indah. The real one. Dan yang paling berharga sekali kenangan dengan arwah bapak aku. Terima kasih kerana mengajar kitaorang

Makan-makan: Kacang Pool

Image
Hah tau tak apa nih? Nampak menarik & sedap kan? Kalau orang Johor mesti tahu apa kebenda nih Inilah Kacang Pool. Sedap gila tau kacang pool nih. Telur cair plak tuh cecah ngan roti kat bawah nih Fuhhhh sedapnya See rotinya? tebal kalau makan time panas-panas memang tak dapat nak gambarkan camner. Bau majerin/butter yang disapu kat roti tuh memang menusuk kalbu. Dicecah plak ngan kuah kacang pool yang diperahkan ngan limau kasturi. ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee P/S: Kalau kat JB lokasi terbaik utk dptkan kacang pool nih kat Medan Selera Larkin Bomba, Plaza Larkin or kat @Mart.

Nostalgia

Image
Ini bukan baju raya. Tapi baju nikah akak aku. Harituh rumah aku dalam fasa pengubahsuaian (chewaahh bahasa) so kemas dok kemas jumpa lah baju nikah akak aku nih. So nak bagi lah kat anak dia suruh simpan. Nostalgia kan. Dah 25 tahun usia baju nih. Kurus je kan. Tapi kalau sekarang suruh pakai memang koyak rabak lah Pakai ngan veil kembang yang jadi stail tahun 80-an Kalau tengok gambar memang tak boleh blah hahahahah Wakakakaka. sorry ek kak. Anak dia boleh pakai balik baju nih. Jadi baju tunang ke. Kan orang sekarang banyak buat mcm tuh.

Wishlist!

Image
Nakkkk sangatttt bag nih. Pueh aku dok nunggu kat Reebonz tapi dah tak keluar dah bag nih :(( Agak-agak kat butik FOSSIL kat JPO ada tak ek?? Glup!

Kejap jer dah 13 hari

Image
Kejap jer masa berlalu kan? Bulan-bulan puasa nih memang malas nak update blog. Bukak laptop pun jarang sekali. Sebab dah puas ngadap komputer 1 hari kat opis. Balik pun ngam-ngam jer sempat masak semer. Aku tak suka sangat beli makanan untuk buka puasa. Selalunya masak ler. Kalau aku balik awal sikit sempat lah aku masak. Kalau lewat hihihi mak aku ler yang masak. Tapi aku bukannya jenis cerewet. Jenis yang ringkas je. Buka puasa takde makan nasi-nasi n lauk pauk bagai. Makan nasi n lauk pauk time sahur jer. Time buka makan ringkas2 macam mee/kuey teow/bihun goreng or berkuah je. Pastu ngan kuih & air batu yang boleh melemahkan tulang2 anda ye. Kuih plak selalu aku dah siap2 buat ujung minggu. Pastu sejuk bekukan. Senang kan?? P/S: Paling suka bulan puasa sebab jimat duit. hari2 cuma guna RM3 jer sbb beli paper. Ehehehehe

Budak bucuk

Image
Kita suruh mandi dia main lari-lari plak. Inilah budak yang tembam tuh. Dah kurus pun. Payah benar nak makan. Kalau makan pun sikit jer. Budak zaman sekarang nih tak suka makan ke?

Cinta itu buta...

Image
apa bulan puasa letak gambar camnih Walaupun Google adalah enjin carian nombor satu dunia, aku tetap suka bukak Yahoo. Tapi aku bukak Yahoo sebab aku suka baca berita kat Yahoo. Tapi yahoo.com jer lah bukan yahoo.com.my yang dot my kureng sikit. Tiap-tiap pagi lepas "breakfast" ngan 2 keping suratkhabar mesti aku bukak yahoo.com (version US). Sebab kat situ memang ada banyak news yang pelik-pelik around the world. Sebab tuh kekadang org panggil aku encyclopedia bergerak (chewahhh perasan) sebab aku memang suka baca-baca nih.  So aku tadi pagi aku terbaca lah satu artikel kat yahoo.shine. Pasal sorg lelaki nih ada gelpren yang obes. Tapi dia sgt fit orangnya.  (sila tengok gambar kat atas) Syabas Ali Lawrie sebab terima Gloria Nava dengan seadanya. Sebab dalam sejuta lelaki kat dunia nih cuma ada sorg dua jer orang yang macam kamu. Kalau lelaki ada wife yang obes pun sebab masa dia kahwin wife dia tuh tak obes. Susahkan nak cari lelaki maca

Bihun tetap dihatiku...

Image
Meehoon/bihun (apa beza tah) selalu tak pernah mengecewakan aku. Kaler merah ke kaler putih ke or kaler hitam sekalipun tetap mendapat tempat dihati aku. Ohh bihun ko tetap pujaan hatiku Selamat berbuka puasa!

Eeeeeee geramnyaaa

Image
eeeeee geramnya aku tengok budak nih. Tembam betul. Rasa macam nak gigit-gigit jer pipi yang montel tuh. Tapi nih masa budak nih umur 7 bulan. Sekarang nih dah nak masuk 5 tahun. Ingatkan jadi kanak-kanak obes sbb zaman baby tembam yang amat. Tapi rupanya kurus sebab banyak sgt 'exercise'. Aktif sgt budak nih sebab tuh jadi slim ekekeke.

Senja

Image
Kalau cuaca tak berjerebu, ginilah rupa bentuk muka bumi area aku. Tapi bila dah berjerebu nampak putih jer. Kalau putih nyaman mcm kat oversea takpe gak. Tapi bau asap!

How's your Ramadan?

Salam Ramadan. Lama tak menulis rasanya. Post yang aku post tiap-tiap hari tuh pun stok lama-lama yang dah lama aku simpan. Sampai stok draft tinggal 2 je. Bila nak menulis lagi pun tak tahu. Bulan Ramadan tahun ni penuh dengan pancaroba. Kalau last year mak aku sakit, this year plak akak aku plak sakit. Actually lebih kepada sakit mistik. Bab masak memang bila weekend or hari cuti memang aku 100% buat semua. Kalau tahun-tahun yang lepas aku sebagai pembantu je, tolong mana yang patut. Kesian gak ngan mak aku sebab kalau hari kerja mak aku yang kekadang masak. Aku plak balik lambat. Actually aku geram gak ngan bos aku. Takkan dia tak paham kitaorang kena balik cepat. At least bagi lah kelonggaran pada bulan puasa. Last year tak macam nih pun. Pukul 5 petang dah boleh balik. Tapi sekarang nih pukul 5.30 pun belum tentu balik. Sejak start puasa aku balik pukul 6 lebih jer. N sejak puasa aku belum pernah lagi lalu jalan yang biasa aku guna. Aku lalu ikut long cut (buka

Renovate Rumah

Image
Akhirnya siap dah renovate ruangan dapur. Besar lah sikit dapur kat umah aku. Actually masa renovate nih memang payah lah. Tak boleh masak sebab tak boleh guna dapur. So kekadang buat keadaan sikit tegang kat umah aku. huhuhu yelah kan aku nih kekadang emo sikit. Lepas tuh tak boleh guna toilet sebab toilet kena pindah. Nasib baik ada 2 lagi toilet kat atas.  Tapi tuh lah mak aku kalau siang-siang2 penat nak turun-naik atas g toilet. Sebulan lebih gak baru siap. Fuhhhhhh leganyaaa.

Kerana Sosial Network...

Aku sekarang nih dah jarang-jarang update status kat Facebook. Kalau dulu marah sikit jer update kat facebook. Sakit hati sikit jer update kat facebook. Sedih sikit jer update kat facebook. Tapi sekarang nih macam malas dah. Update gambar pun malas. Kalau ada pun yang aku amik kat Instagram. Kalau aku rasa nak share kat facebook aku share. Kalau tak memang kat instagram jer lah. Kekadang aku perasan lah kat mana-mana facebook mesti ada pengkomen yang agak annoying. Macam ada satu status yang aku baca masa hari bapa. Beria-ria kawan sorg nih wish hari bapa kat bapa dia. Tapi datang sorg kawan lagi dok komen kesedihan dia tiada bapa. Cara mengkomen tuh macam marah jer kat member tuh sbb dia ada bapa lagi. Kenapa perlu kita nak kacau kegembiraan orang. Tak salah ingatkan orang bagaimana perlunya kita menghargai orang tua yang masih ada. Tapi tak perlulah sampai komen macam tuh sekali kat status orang. Ada satu lagi yang aku baca pasal keluarga. Tak

1st day Puasa

Image
First sekali nak ucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Kareem.  Fuhh jumpa lagi aku dengan bulan penuh rahmat nih.  Dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadhan lah yang aku paling suka sekali. Memang bulan yang aku paling tunggu-tunggu sekali.  Suasana tuh memang lain sekali berbanding bulan-bulan yang lain.  Bila bulan puasa nih mesti teringat masa aku kecik-kecik dulu. Teringat masa nak sahur arwah bapak aku pam lampu gasolin.  Aku duduk rumah setinggan time tuh takde letrik lagi.  Tak boleh lupa bau minyak tuh. Kalau terbau sekarang mesti mengalir air mata.  Lepas tuh mak aku plak sibuk masak kat dapur.  Arwah bapak aku plak sibuk kejutkan anak-anak dia sahur.  Lepas sahur arwah bapak aku mesti ajar aku niat puasa kat tangga antara dapur n ruang tamu. Sedihnya bila ingat balik. Teringat 15 tahun yang lepas tahun pertama sambut puasa tanpa Arwah bapak aku. Tak dapat aku gambarkan camner sedihnya aku time tuh. Dalam hati berbuku sebak jer.

Lamp..u

Image
Rumah lepas renovation haruslah cari lampu baru kan. Pening kepala plak ikut akak aku pilih lampu. Cerewet sikit hihihihi ampunnnn kak! Last2 aku duduk jauh2 main game candy crush. Akhirnya setelah satu jam akak aku jumpa lah lampu yg nak digantikan ngan lampu ruang tamu. Aku memang give up kalau ikut akak aku shopping! Payah sgt nak memilih! ekekekek!

Kudapan di petang hari.

Image
Petang-petang benda nih jadi alas perut aku. RM2 lak tuh Hari ni tengok anak bulan. So takdelah kudapan petang ya. Cuti sebulan.

Kenduri Kahwin @ Singapore

Image
Ok, entry aku mesti dimulakan ngan gambar makanan dulu hihihih. Alkisah, bulan 5 yang lepas, (fuhh bulan 5 baru sekarang nak post hihihi) aku sekeluarga telah dijemput ke kenduri kahwin anak cousin aku kat Singapore. Kiranya cucu saudara mak aku  ler yang kahwin. Adik beradik seibu n sebapa mak aku ni kebanykannya duduk di Singapore. So beramai-ramailah kami sebanyak 2 buah kereta berkonvoi ke Singapore (berkonvoilah sangat). Setelah sesat bagai barulah sampai ke rumah pengantin ekekekek. Dah pakai GPS pun masih sesat. Aku kalau disuruh memandu di Singapore mintak maaf ye. Tak reti aku sistem jalan kat spore. Lampu merah pun boleh jalan ekekekek. Anak-anak saudara aku. Yang perempuan still single and available ekkeke bilalah makcik mu ini dapat makan nasi minyak kamu berdua hihihihi. Yang lelaki masih study di Ireland. Bakal doktor.  Meriah sungguh kenduri kahwin anak sepupu aku nih. Almaklumlah yang pertama n satu-satunya perempuan. Bulan 11 ada satu lagi

Alhamduliah... konyang!

Image
Pemandangan sekitar Saujana Seafood Gelang Patah, Johor. Makan sini menghadap Pelabuhan PTP. Apa-apa pun tempat fav. nak belanja orang. Berbaloi!

Makan-makan haritu

Image
Pada aku harga yang agak reasonable untuk 18 orang makan. Dua meja penuh dengan makanan n adalah bersaiz besar.

Makan-makan: Restoran Saujana Seafood, Gelang Patah 2

Image
Kenapa 2? sebab aku dah pernah post pasal restoran nih sebelum nih. amboii Kak Pa, budak2 suka duduk ngan Kak Pa Makan sini lagi?? Tapi aku memang suka makan sini. Sedap pun sedap n harga pun reasonable. Dan yang paling best buleh makan time Lunch. Tak payah tunggu time dinner. Yelah kan aku kan kalau boleh takmau makan time malam hik hik hik. kalau g makan mesti order air nih Lunch kali ini dibelanjain oleh akak gue. Terima kasih kak! lain kali belanjain lagi. Ahli rombongan kali ini adalah seramai 18 orang termasuk 2 orang kanak-kanak yang tak berapa nak makan. Meh kecurkan ngan gambar-gambar kat bawah ni! hihihihi Kailan Ikan Masin Ketam Black Peper Telur Bungkus Tauhu Telur Claypot Siakap Tiga Rasa Udang Goreng Nestum Sotong Goreng Nestum Antara lauk-lauk yang ada kat meja aku. Meja aku geng budak-budak remaja so memang benda-benda mcm sotong & udang tuh laju jer licin. Meja sebelah lauk lebih kurang sama cum

Ampunnnnn hihihihihi

Image
Satu tak salah kan? hihihihihi  takpe nanti balik ruma lari kat treadmill stgh jam ek hihihhhohohoho

Kata dah insaf???

Image
Hahaha insaf lah sangat kan.  Ada satu hari tuh terbukak plak Reebonz punya online shooping website. Lagipun aku memang nak cari handbag.  Handbag yang sedia ada memang dah sedih dah rupanya. Nasib baik ada Reebonz so boleh lah belek tengok handbags kat situ. So aku terpikat ngan FOSSIL. Harga pun reasonable. Bila pegi butik FOSSIL kat Johor Premium Outlet takde lah plak teringin nak beli. Macam clutch Michael Kors yang aku beli kat Reebonz gak. Kat JPO pun ada gak. Padahal harga lebih kurang sama jer. Dapat tengok depan mata lagi sebelum beli. Tapi memang tak pernah dpt beli. Sebabnya, pegi ngan akak aku memang jangan harap lah dapat beli handbag kalau harga yang tak berapa munasabah hihihi. Padahal duit aku tuh bukan duit dia. Tuh yang suka shopping online sebab akak aku takde ikut aku shopping sekali ekekekeke. Suka ati aku nak beli apa yang aku suka. Kalau tak dia yg lebih cerewet dari aku. Padahal nak pilih baran

Yang mana satu idaman kalbu??

Image
Semua mak berkenaan! Tapi harga Masya Allah! mampu beli satu jer