Kejap jer dah 13 hari



Kejap jer masa berlalu kan?

Bulan-bulan puasa nih memang malas nak update blog.
Bukak laptop pun jarang sekali. Sebab dah puas ngadap komputer 1 hari kat opis.

Balik pun ngam-ngam jer sempat masak semer.
Aku tak suka sangat beli makanan untuk buka puasa.
Selalunya masak ler. Kalau aku balik awal sikit sempat lah aku masak.
Kalau lewat hihihi mak aku ler yang masak.

Tapi aku bukannya jenis cerewet. Jenis yang ringkas je.
Buka puasa takde makan nasi-nasi n lauk pauk bagai.
Makan nasi n lauk pauk time sahur jer.
Time buka makan ringkas2 macam mee/kuey teow/bihun goreng or berkuah je.
Pastu ngan kuih & air batu yang boleh melemahkan tulang2 anda ye.
Kuih plak selalu aku dah siap2 buat ujung minggu.
Pastu sejuk bekukan. Senang kan??

P/S: Paling suka bulan puasa sebab jimat duit. hari2 cuma guna RM3 jer sbb beli paper.
Ehehehehe

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji