Kenduri Kahwin @ Singapore
Ok, entry aku mesti dimulakan ngan gambar makanan dulu hihihih.
Alkisah, bulan 5 yang lepas, (fuhh bulan 5 baru sekarang nak post hihihi) aku sekeluarga telah dijemput ke kenduri kahwin anak cousin aku kat Singapore. Kiranya cucu saudara mak aku ler yang kahwin. Adik beradik seibu n sebapa mak aku ni kebanykannya duduk di Singapore.
So beramai-ramailah kami sebanyak 2 buah kereta berkonvoi ke Singapore (berkonvoilah sangat).
Setelah sesat bagai barulah sampai ke rumah pengantin ekekekek.
Dah pakai GPS pun masih sesat. Aku kalau disuruh memandu di Singapore mintak maaf ye.
Tak reti aku sistem jalan kat spore. Lampu merah pun boleh jalan ekekekek.
Anak-anak saudara aku. Yang perempuan still single and available ekkeke bilalah makcik mu ini dapat makan nasi minyak kamu berdua hihihihi. Yang lelaki masih study di Ireland. Bakal doktor. |
Meriah sungguh kenduri kahwin anak sepupu aku nih. Almaklumlah yang pertama n satu-satunya perempuan. Bulan 11 ada satu lagi wedding. Kali nih sepupu aku yang kahwin n kat Singapore juga.
Bila lah akak-akak or abang-abang aku nak wat kenduri kahwin untuk anak-anak dia nih hihihi.
Tak sabar nak g rewang nih ekekekek.
Oleh kerana kenduri nih dah lama berlalu so memang takde idea nak tulih apa.
Tengok jer lah gambar yer heheheh
Yang pasti makanan memang sangat meriah ye. Ada macam-macam makanan.
Meja Pencuci Mulut memang sangat mengujakan sebab banyak makanan.
Siap ada Pop Corn cart lagi.
Kalau kat JB nih satu kepala mesti dalam RM20 sorang.
Pelayannya pun macam kat hotel gitu siap ada name tag hihihi.
Masa nih pengantin datang nak bersanding.
Banyak betul tol kena lalu.
Yang paling mengujakan tengok sorg akak tuh silat ekekekek.
Pengantin bergambar ngan family dari Malaysia.
Akak aku n anak2 dia & Pakcik aku n family dia.
Macam biasa aku memang low profile no picture2 ekekeke
Comments
Post a Comment