Skip to main content

How's your Ramadan?

Salam Ramadan.

Lama tak menulis rasanya. Post yang aku post tiap-tiap hari tuh pun stok lama-lama yang dah lama aku simpan. Sampai stok draft tinggal 2 je. Bila nak menulis lagi pun tak tahu.

Bulan Ramadan tahun ni penuh dengan pancaroba. Kalau last year mak aku sakit, this year plak akak aku plak sakit. Actually lebih kepada sakit mistik.

Bab masak memang bila weekend or hari cuti memang aku 100% buat semua. Kalau tahun-tahun yang lepas aku sebagai pembantu je, tolong mana yang patut.

Kesian gak ngan mak aku sebab kalau hari kerja mak aku yang kekadang masak. Aku plak balik lambat. Actually aku geram gak ngan bos aku. Takkan dia tak paham kitaorang kena balik cepat.

At least bagi lah kelonggaran pada bulan puasa. Last year tak macam nih pun. Pukul 5 petang dah boleh balik. Tapi sekarang nih pukul 5.30 pun belum tentu balik. Sejak start puasa aku balik pukul 6 lebih jer. N sejak puasa aku belum pernah lagi lalu jalan yang biasa aku guna. Aku lalu ikut long cut (bukan short cut ya) sebab ikut long cut tak jem, kalau ikut short cut memang 2x ganda ikut jalan long cut.

Tension ngan kerja sekarang lagi lah 2nd boss macam hampeh. Agaknya perempuan tak boleh jadi bos kot. Rasa macam nak jerit jer ngan dia baling fail, amik handbag dan ucapkan goodbye. Haishhhhhh kalau lah aku mampu buat gitu. Dah lah orang pertama datang n aku jugaklah orang terakhir yang balik. Fed up dah. Kenapa lah aku tak boleh selamba land datang pukul 9 pastu balik awal??

Kekadang aku rasa dunia nih tak adil untuk aku hmmmmmmmmmm....

Penatlah aku dah letih sangat. Letih sangat-sangat...

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.