Skip to main content

Resepi: Satay Ikan

Takda lidi hihihi

Teringat masa zaman kecik-kecik dulu ada orang jual satay ni naik motor. Ingatkan satay biasa (satay ayam, daging etc) tu rupanya satay ikan. Makan pulak ngan sos dia yang pedas manis tuh. Fuhh sedap betul. Tapi bila dah besar dah pindah kat rumah sekarang nih dah takde jumpa dah satay ikan tuh n aku pun dah lupa pasal satay tuh sampailah jumpa orang share resepi satay ikan ni kat Facebook. So apa lagi. Aku kan pantang nampak resepi2 baru nih kan terus cuba. Jadi n sedap pulak tuh. So kat sini aku nak share resepi Satay ikan tu:-

Bahan-bahan
250 gm isi ikan selayang (tak perlu rebus) dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu
1/2 biji bawang besar (dikisar)
1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara
Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil, Panaskan minyak dan goreng sekejap. Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap. Kalau adunan tersebut lembik, tambahkan lagi tepung ubi sehingga tidak melekat ditangan.

Rasanya macam kerepok lekor gak

Resepi Sos Manis

Bahan-bahan
4 ulas bawang putih dikisar lumat
1 1/2 cawan air
1 sudu besar tepung ubi dibancuk dgn 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
1/2 sudu makan garam
sedikit serbuk perasa
sedikit pewarna merah

Cara-caranya
Tumiskan bawang putih dalam periuk (tanpa minyak). Masukkan air, gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau hingga mendidih. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang. Kalau nak pedas masukkan cili merah yang telah dikisar.

Sumber: Facebook

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.