Skip to main content

Staff Lunch

Bos aku ni selain kegemarannya adalah marah-marah, dia suka belanja makan. Kekadang bila dah marah punya kaw-kaw kat kitaorg tetiba ajak pegi makan. Dia belanja katanya. Lepastu masa makan dia borak macam takda benda yang jadi. Macam dia buat-buat lupa plak dia ada marah-marah orang tadi. 

Pernah jadi pada aku memang kaw-kaw betul kena marah. Marah yang bukan salah aku pulak tuh. Salah dia sendiri. Biasalah kan bos mana nak mengaku kalau salah diri sendiri. Bila kita cakap  pasal kerja, dia sibuk nak main internet kat laptop mengalahkan budak-budak padahal dah jadi atok orang. Lepas tuh jawap ya n ya. Bila dah salah aku pulah disalahkan. Haishhhh nasib si kuli. Lepas kena marah tuh boleh plak di ajaknya satu office makan. Masa tuh memang tak pandang muka dia pun. Buat bodo. Hajat dihati tak nak ikut tapi terpaksa juga pegi. Pegi pun tak bawak kereta sendiri. Selalu kita jadi drebar bawak budak2 office. Tapi sebab nak menunjukkan betapa bengangnya aku so bawak kereta orang lain. Masa makan orang lain happy makan. Aku muka tegang jer hahaha.

Seafood Agio Ollio. Ini kawan aku punya.

Yang ni baru aku punya, my fav. dish Salmon Grilled

Chocolate Lava aku punya!

Tapi haritu bos aku tak marah pun. Memang sajer jer ajak belanja makan. Belanja makan tahun baru 2015 katanya. Tapi Staff Lunch yang paling tak boleh lupa sekali masa bos aku ingat investment dia kat satu produk bank ni dapat berlipat kali ganda. Terus dia ajak pegi belanja tanya nak makan kat mana. Kitaorg ni tak agak-agak terus ckp MEISAN Mutiara Hotel! dia pun ok jer pegi sana tapi rupa-rupanya salah investment lah. Hahahaha. RM800 pulak tuh bil makan tuh. Kitaorg yang kenyang. Bos aku pulak nangis hahahaha

Moral of the story: Jadi orang jangan gelojoh sangat!

Comments

  1. semua pun sedap terutama spaghetti dan coklat lava tu..lapar wana tengok..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.