Skip to main content

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Aku rasa aku semakin tenang sejak umur aku dah masuk pertengahan 30-an ni. Kalau nak tau 2-3 tahun lagi umur dah jadi lewat 30-an pulak. Dulu masa umur 20-an kalau bawak kereta mesti tetiba aku jadi panas baran. Bawak kereta pun kat lane kanan je. Lepas tu mulut mula curse orang bila orang buat silap sikit. Kalau nak tau aku pernah turun tingkap tunjuk penumbuk kat orang yg over take aku secara berbahaya. Nasib baik tak bertumbuk. Mungkin orang tersebut tak nak layan orang gila macam aku.

Tapi itu semua masa bawak kereta jer. Kalau masuk kereta jer character aku bertukar 360 darjah. Tapi semua berubah masa aku dpt peluang menunaikan umrah pada tahun 2011. Masa nak pegi tuh mak aku risau sgt dengan aku sebab dia tahu perangai anak dia nih masa bawak kereta dok asyik curse orang je. Dia takut aku dok curse orang jer masa kat Tanah Suci. Tapi Alhamdulilah aku dapat kawal diri aku n takde sepatah perkataan tak elok pun keluar masa aku kat sana. Dan paling aku bersyukur sekali ia berpanjangan sampailah sekarang.

Sekarang ni aku lebih tenang. Bawak kereta pun relax dan tenang. Tidak terburu-buru seperti dulu. Lebih bertimbang rasa kat orang sekeliling (hihihihi). Kengkawan aku pun ckp aku bawak kereta relax jer. 

Lagi tenang kalau hari2 dpt pemandangan ni

Malas dah nak terkejar-kejar dah sekarang...

Comments

  1. Haha..betul tu..wana pun dulu bawak keta macam nak racing..kalau orang lain buat salah di jalanraya rasa nak hon dan maki..tapi maki sendiri yang dengar ja..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. tuh lah bila pegang stereng jer karakter kita bertukar kan hihihi

      Delete

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.