Makanan Jepun

Saya suka makan. Selain masakan Melayu saya juga suka masakan daripada negara matahari terbit iaitu, Jepun. Restoran Jepun di Johor Bahru sangatlah terhad dan tidak ada banyak pilihan yang lain (jika ada sila berikan alamat di ruangan komen). Bagi menghilangkan keinginan kami untuk makan makan Jepun, maka Sushi King menjadi pilihan. Saya dan kakak saya telah menghadkan sebulan hanya sekali makan di Sushi King. Ini kerana makan disini bukan lah murah, sebab saya mudah lupa daratan ketika berada di Restoran ini.

Budak ni pantang ajak gi Sushi King
Gambar diatas ini adalah gambar anak saudara saya iaitu Mat Ayip. Maaf kerana saya pelatkan nama beliau secara sengaja atas sebab-sebab keselamatan. Mat Ayip begitu gemar berkunjung ke restoran ini. Sushi kegemaran beliau adalah 'Ebi Ten' dan 'Ebi Fry' iaitu sushi yang mempunyai udang tempura atau goreng diatasnya. Kalau saya membawa beliau bersiar-siar dimana-mana pusat membeli-belah, saya akan elakkan daripada melalui hadapan restoran Sushi King ini. Ini kerana beliau akan mengajak saya masuk ke dalam restoran ini dengan memberikan ekspresi muka yang sukar untuk saya menolak permintaan beliau. 

Ikan mackerel nyum nyum!
Gambar diatas pula adalah set yang dipesan oleh saya, Grand Tenpura Yaki Sana Set. Saya baru pertama kali mencuba set ini. Selalunya saya berkunjung ke Sushi King hanyalah ketika mereka sedang membuat promosi Bonanza Sushi King dimana semua sushi-sushi yang lalu di 'kaiten belt' berharga RM3 berbanding harga asal diantara RM2 sehingga RM6.

Mesti order ni! kulit salmon. Tapi susah nak dpt benda ni
Aduhh letih guna bahasa formal hahahaha. Bukan apa saje je nak asah sikil menulis aku. Aku bila pegi Sushi King memang selalu cuba nasib tanya kulit salmon nih ada tak. Memang kena ikut nasib ler. Haritu pegi diaorg ckp kulit nih masih beku lagi. Purata dalam 10 kali aku pegi 1-2 kali jer yg aku dapat order benda alah nih. Ikan Salmon nih memang fav aku. Ada orang tak suka sebab bau macam hanyir. Ye ke? Tapi ikan ni mmg fav aku. Bagus untuk Jantung tau ikan ni.

Pinggan & Harga
Paling syok kalau pegi sushi ni time Bonanza ler sbb time nih semua pinggan-pinggan nih harga RM3. Yang paling syok pinggan RM6 sebab jadi RM3. Fuhh udang-udang tempura tu sedap betul lah. Dengan rangup semer.
Hmmmm

Rasa macam nak pegi pulak Sushi King esok! Jom!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat