Belajar lah bersyukur

Aku perhati budak-budak sekarang tak tau erti hidup susah. Makan nak sedap. Tak reti nak susah-susah sikit. Beli sardin murah boleh pulak dia ckp tak sedap rasa macam sabun. Hah? aku dengar pun rasa macam nak ..... hmmm tak tahu nak cakap apa. Boleh dia ckp sardin tuh rasa sabun? Tak baik menghina makanan. Kalau time darurat sardin yang rasa macam sabun tuh lah kau bedal sampai licin.

Aku masa belajar dulu sardin murah rasa macam sabun tuh lah aku bedal. RM0.90 satu tin kecik kongsi 3 orang buat makan tghari n malam. Tapi budak-budak sekarang boleh ckp mcm tuh. Sardin murah rasa sabun. Haihhh sampainya hati nak oiiii. Aku makan sardin rasa sabun rupanya. Tapi time tuh itu jer yang mampu. Sedap juga sardin tuh bila sudah diolah dengan pelbagai rasa. 

Budak-budak ni sekarang boleh lah ckp mcm nih. Makan minum ibu bapa yang tanggung. Tapi nanti dah dewasa kena tanggung makan minum anak bini baru tau kalau belajar pun kurang rajin n nasihat orang takmo dengar n anggap orang membebel untuk masa depan dia itu buat dia tak suka.

Kitaorg pernah hidup susah dulu. Masa kecik-kecik pergi sekolah dengan baju tak bergosok sebab duduk rumah setinggan takde elektrik. Kalau bangun pagi-pagi nak pergi sekolah arwah ayah aku pam lampu gasoline kasi terang. Sampai sekolah pulak ada anak-anak orang berada ni dok hina aku sebab selekeh (part nih paling sedih). 

Aku ajar diri aku sendiri untuk menghargai sesuatu kerana aku dah merasa betapa susahnya dulu. Bila dah kerja pegang duit sendiri, kita tau bukan senang nak cari duit. Kerja dari pagi sampai ke petang belum kena marah n maki lagi dengan bos ataupun client. Bukan senang nak cari sesuap nasi dengan zaman sekarang yang barang pun makin mahal. Jadi kena lah berjimat cermat.

Buat para ibubapa kat luar sana, sesekali ajar anak-anak hidup susah dan menghargai sesuatu. Bukan nak suruh hidup susah makan nasi dengan garam jer. Orang kat luar sana ada yang susah dan kadang-kadang jer dapat sardin yang dikatakan rasa macam sabun tuh. 

Aku pernah nampak orang buang makanan yang tak habis dimakan. Kalau makanan tu masih elok tak perlu lah dibuang. Tak salah makan lauk semalam. Tak baik membazir. Kawan syaitan.

Sebab tu badan aku bulat, jarang membazir makanan hihihihi

Comments

  1. Truth be told, i do felt the same thing. Zara ade sister who is 13 years younger than me. Comparing my lifestyle mase sekolah dengan lifestyle die memang jauh berbeza.

    Dulu masa Zara umur 13 years old (Form 1), Zara dah pandai berdikari sendiri sebab my parents jenis kerja kuar rumah gelap and balik rumah pn time gelap. So basically memang cm hidup sendiri. Mak memang dah ajar dari kecik how to cook. So by then balik sekolah masak nasik sendiri dan goreng la pape yg simple.Goreng ikan or telur ke tu memang da terrer time tu! *hehehe*

    Then before buat homework, kemas rumah, sidai baju and all. Konon nak menringankan beban my parents yg penat bekerja.

    My first handphone pun mase i was 17 sebab time tu my mom dapat kerja di Cape Town , South Africa and my mom belikan fhp sebab senang nak communicate everyday.

    My sister on the other hand. Umur 13 years old, tak reti langsung buat kerja rumah. Kalau buat pun sambil lewa. Buat just the sake of dah penat dengar Zara membebel.Masak satu apa pun tak tahu. My mom slalu jugak compared myself dengan my sister. and my sister respond was simple " Dulu lain, sekarang lain".. Punye "BIJAK" budak2 zaman sekarang.

    Now pun dah umur 16 years old, tak reti memasak, and buat kerja rumah.Kalau Zara bawak my sister keluar berjalan or window shopping, nak makan yang sedap saje. KFC and McDonald is no longer in her list. Mamak dah tak pandang.
    My personal opinion , dia orang ni memang dimanjekan sangat. Zaman dah lain. Thats why!
    Its all come to their parents jugak. I do blame my parents sometimes sebab manjekan sangat my sister. Everytime house chores, my mom sendiri yang akan buat excuse for my sister.. " ala adek kau kecik lagi. nanti dah besar pandai la die buat". Sekarang my mom menyesal sendiri. :(

    Then again, terpulang pada ibu bapa budak tu sendiri. Cara pendedahan dan didikan. Just my 2 cent.

    P/s : Ikan Sardine masak asam pedas always the best. hahaha =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul i setuju dengan pendapat u bergantung kepada cara didikan ibu bapa. I tak ada adik but i ada ramai niece and nephew and diorg manja-manja sangat. masa zaman i study kat uitm dulu pergi kelas n balik kelas belari-lari kejar bas. tak pun jalan kaki if duduk kolej. but now anak-anak saudara i, mak n ayah diorg siap belikan kereta or cuti semester siap mak n ayah datang ambik diorg. Kalau dulu i naik bas je from s.alam to kl n from kl to jb.

      Semuanya sendiri kena berdikari sendiri. maybe sebab i dah pandai berdikari sebab my arwah ayah meninggal masa i form 6 so nak tak nak kena buat semua sendiri. my mom tak boleh memandu n my brothers n sisters plak bz with their own family.

      my mom surirumah kalau balik sekolah mesti my mom dah hidangkan makanan but tak pernah jadi alasan utk malas masak or kemas rumah. lagipun i mmg suka memasak. but budak-budak zaman sekrang masak pun malas apa lagi kemas rumah. kesian kadang-kadang tgk diorg ni tak ada pengalaman didapur. mcamana jadi isteri nanti kan?

      hmmm ntahlah kannn but ikan sardin masak kicap pun sedap juga hehehe

      Delete
  2. sardin sedap tu kata sabun ? kasi makan sabun bebetul tu kasi dia pkir balik.. tho anak tunggal orang cakap CT hidup mewah la apalah tapi tidak. mak ayah still ajar untuk brushaa to get something. amboooooi la bebudak skarang. parents pun too eager nak menjadikan anak hanya nampak sempurna tapi sejauh mana kesempurnaan dicapai..?

    CT pun takot nak besarkan anak bila branak nanti. takot tak mampu membimbing.. dengan zaman penuh cabaran.. huuurm.. kena ajar anak rasa susah.. kena ajar anak makan sederhana.. skali skala x apalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak sekarang terlalu dimanjakan. tak tahu hidup susah sikit. serba serbi nak senang. tapi pokok pangkalnya terpulang kepada ibu bapa mcm mana dia corakkan anak dia.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat