Resepi: Udang Goreng Kunyit Berlada


Resepi nih aku actually kegemaran arwah ayah aku. Dah lama jugak tak masak resepi nih. So baru-baru nih tetiba teringin nak makan kan so terus pegi kedai cari udang n bahan-bahan lain. Meh aku nak share resepi nih:-

Bahan-bahan
20 ekor udang besar or sederhana besar 
(dibuang kepala n kulit hanya tinggalkan sedikit di bahagian ekor)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci Halia
1/2 inci Kunyit 
(serbuk kunyit pun boleh 1 sudu kecil)
2 batang lada merah (ikut pedas masing-masing)
(bahan-bahan kat atas ni ditumbuk hingga lumat. Dikisar pun boleh tapi lagi sedap kalau ditumbuk dengan lesung batu)
Garam secukup rasa
Bahan perasa (kalau suka)
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
Panaskan minyak atas kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan udang yang telah dibersihkan, garam secukup rasa dan sedikit air kacau dan biarkan sampai masak. Siap! mudah je kan. Sesuai dihidang dengan nasi panas.

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji