Skip to main content

B U L I

Perkara yang paling tak suka aku dengar adalah bila orang kena buli. Dulu masa sekolah ada jugak kena buli. Tapi bukan buli secara fizikal tapi mental. Bila ingat balik rasa macam geram pun ada. Lagi-lagi bila nampak muka budak (skrg dah mak budak) tuh kat FB salah seorg fren list aku. Fuhh rasa macam tak berubah je. Still ada muka ganas tuh

Actually aku ni nak cerita pasal anak saudara aku. Bila balik kerja jer ada jer cerita yg mak dia cerita kat aku. Kekadang sedih pulak tengok si Mat Ayip tuh asyik kena buli jer. Ada satu hari tuh dia tertidur kat bas masa balik dari sekolah bila bangun tengok sebelah kasut sekolah dia kena sembunyikan. Botol air pun dah kena sembunyikan. Botol air Tupperware pulak tuh. 

Sekolah dia ni akhir waktu kena solat zohor, so dia akan tukar kasut kepada selipar n pakai terus sampai balik. So dia akan letak dalam bag kasut dia. Bila tertidur mmg abis lah hilang. Percaya tak baru 2 bulan sekolah dah 2 pasang kasut hilang. Botol air jgn ckp memang dah berbotol-botol hilang. Pensel, pemadam, pembaris habis hilang kena ambik or kena patah-patahkan.

Kalau duit tuh dah banyak kali hilang. Dalam 2 bulan dah 4 bag duit dia hilang kena curi. Yang paling sedih smlm duit kena curi n bag duit dia kena buang jauh-jauh dgn pembuli tuh. Yang paling geram pembuli tuh seusia dgn dia pulak tuh. Haishhhh. Dia siap cerita dia nangis sebab duit dia semua kena ambik n cikgu sains dia bagi RM1 sebab kesian dgn dia. 

Geram betul aku kenapa lah budak-budak skrg kecil-kecil dah nakal. Masa pegi taklimat dulu Guru Besar dia ada ckp masalah buli mmg ada walaupun sekolah mat ayip nih sekolah rendah agama. Ibu bapa memang kena pantau anak-anak. Kena siasat kalau diorg beli benda2 yg bukan-bukan dan diluar daripada bajet harian.

Tadi geram sangat sebab ada jer cerita buli terus ckp kat Mat Ayip, kalau budak tuh curi duit lagi tumbuk sebiji! Ganas tak ganas tak makcik dia. 

Tapi Mat Ayip jawab tak baik berdosa tumbuk orang. Allah marah.

Alamak terkesima aku hihihihi

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.