Posts

Showing posts from March, 2014

Alhamdulilah

Image
Alhamdulilah. Akhirnya selamat sampai aku ke tanah air tercinta, Malaysia. Percutian selama 6 hari 5 malam sangat menyeronokan. Apatah lagi percutian tersebut adalah untuk berjumpa ahli keluarga yang jauh berkelana di negara orang. Tapi kali nih memang berdebar2 bila nak naik flight. Laluan yang sama plak tuh ngan pesawat MH370. Alhamdulilah sampai juga aku. Cuma flight balik tuh seram sikit sebab cuaca tak berapa baik. Kena delay dan akhirnya aku termissed flight KL-JB. Nak wat camner kan, nasib baik ada back-up, naik bas. Apa-apa pun aku da selamat sampai kat umah. Rindu sgt2 ngan bantal2 n tilam aku. Skrang nak tidur dulu sebab aku tak tidur semalam dalam kapal terbang. Ngantuk gila nihhhh From Shanghai with Love Blog aku tak ramai followers, tapi ada beberapa followers aku yang rajin komen kat blog aku nih, so sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, aku nak bagi ole-ole dari Shanghai. Kira macam Top Commentators sepanjang zaman kat blog aku nih lah. Aku pi

Resepi: Ketam Black pepper

Image
ketam nipah nih. Nyum! Nyum! Lama tak share resepi kat sini. Kali ni nak share resepi ketam black pepper. Resepi nih aku main campak2 jer bahan plus cedok sana sini kat buku resepi. Bahan-bahan 2 ekor ketam (ikut suka ketam nipah ke ketam bunga) 3 ulas bawang putih yang dicincang Lada hitam ditumbuk/dikisar (kuantiti ikut kepedasan masing2) Telur sebiji dipukul Sos Tiram Sedikit kicap pekat Bahan perasa yang dibenarkan Garam (kalau rasa2 kicap n sos tiram tak membantu dari segi rasa-aku tak pernah letak garam kalau dah letak kicap n sos tiram) Air secukupnya Cara-cara Mula2 bersihkan ketam. Kalau ketam tuh ketam nipah, ketukan bahagian sepitnya. Goreng ketam tuh sekejap (aku tak suka goreng sebab macam kering n hilang manis ketam. Selalu aku kukus ketam tuh). Angkat ketam, tumis bawang putih sampai naik bau. Lepas tuh masukkan sos tiram n kicap pekat secukupnya n masukkan lada hitam n air sedikit.  Kalau nak tambah rasa masukkan lah garam or perasa.

Achtung!

Salam semua, Blog aku yang tak seberapa nih akan direhatkan seminggu bermula esok. Post2 autopost pun akan stopkan dulu kerana tuan punya blog nak g cuti2! ngeeeee Kalau rajin aku akan berblog secara langsung daripada tempat cuti2 tuh. Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang! Jumpa lagi!

Boneless Chicken Drumstick

Image
tak tahu nak buat apa. perap n bakar jer lah Harituh gigih belajar dari Youtube cara-cara nak buang tulang ayam bahagian peha/drumstick Senang jer tuh. Tapi dengan syarat pisah tuh kena tajam lah kan. Aku paling sakit ati tull kalau pisau tuh tumpul. Sampai dah naik lunyai ayam tapi tak potong2 gak. Ingat nak buat macam burger mcD GCB tuh tapi bila dibakar jadi bulat2 gitu kan, so makan gitu jerlah. Lagi satu lemah betul pemilihan suhu dan masa aku untuk bakar ayam nih. Ada jer yang hangus huh! *autopost

Samsung Galaxy Tab Kids

Image
Mula2 beli Samsung Galaxy Tab nih nak hilangkan ketagih si mat ayip tuh main ipad. Sebab Samsung galaxy tab for kids nih lebih mesra pengguna bawah umur n sesuai untuk budak. Tab nih kita boleh kawal masa penggunaan n appsnya lebih kepada mesra budak2 Lagi satu kita boleh kawal mode kids n biasa. Kalau nak tukar dari kids n biasa ada passwordnya. Sgt comel n ada pen lagi Tapi nan hado ek. Budak tuh tetap cari ipad juga. Lagi satu bagi Tab nih kat budak 5 tahun? Huh! dia tau camner nak tukar daripada mode kids ke biasa. Ampess betul lah. Psst: Haritu menangis2 nak beli apps minecraft kat apple store. Beli satu jer USD7.99 kot tak silap. Sekali akak aku lupa nak kansel kredit kad dalam acct apps apple store tuh. Sekali masak, RM600 anak saudara aku 'belanja' beli apps kat apple store tuh. Nasib baik org Bank call sebab tetiba banyak beli apps kat apple store. *autopost

Cuti oooo Cuti

Image
Flight ticket dah lama beli. Visa pun dah ready. Tapi cuti tak dapat lagi. Apakah??? Tapi akhirnya lepas aku sakit perut sbb takut  Dapat jugak cuti. Senang jer rupanya. Ingatkan nak marah hihihihi Sebab last year mintak cuti 2 hari nak g Bandung muka dia menyinga sikit. Tapi kena bagi jugak sebab aku da beli flight ticket. Kali ni aku nak cuti seminggu. Yeahhh seminggu. Sebelum tuh dah kenen2 ngan 2nd boss suruh dia slow talk ngan big boss. So bila aku jumpa big boss takdelah kena jerit macam 8 tahun lepas. Phobia terus aku. Apa-apa pun cuti kedua aku yang paling lama. First time dulu cuti 2 minggu. Umrah :) see dah approved! Lepas nih nak stop holiday kat luar negara buat sementara waktu (kecuali Singapore hehehe). Maybe cuti-cuti dalam negara jer lah dulu. Naik kereta ke, keretapi or bas ke.  Sekarang nih perasaan bercampur baur plak. Kejap2 rasa mcm ok jer nanti kejap2 rasa macam tak ok. Walaupun dah banyak kali naik kapal terbang

Gambo klasik

Image
Klasik sungguh gambar nih. Sapa lah budak dalam gambar nih kan. Amik gambar pun mulut ternganga jer. Nak susu ke? Amik gambar passport ye? Siap mak pegang kat tepi tuh. Yelah kalau tak pegang jatuhlah baby ni cos baru 8 bulan dia ni. Dulu-dulu passport boleh share ngan mak. Dalam passport ada 2-3 anak ekekekek. Pastu ada passport terhad colour biru, boleh gi Singapore jer. Dulu-dulu gi Singapore mesti beli kain baju.  Takdenya nak beli kat JB sebab kat Singapore murah katanya. Kalau nak raya jer gi Singapore cari kain. Tapi sekarang nih tinggal kenangan jer. Sekarang ni dah terbalik, orang Singapore plak cari kain kat JB. Mana taknya SGD50 kalau tukar ke RM dalam lingkungan RM129.00. Sebab tuh pakcik aku selamba kodok belanja makan udang galah RM30 seekor nih satu family. SGD100 jer leh belanja hampir 9 orang makan udang nih. Sebab tuh ramai orang Malaysia sanggup bangun pagi2 bawak motor kerja singapore. Cer bayangkan kalau gaji SGD1

Cerita pasal lelaki lagi

Image
Jumaat lepas ntah tekak aku macam tak nak makan nasi, so ajak lah member aku pegi cari McD. Nak delivery memang sgt teruk servisnya kat area aku ye. Order pukul 12 pukul 3 baru dapat. Kekadang tak dapat langsung. Nak selamat daripada kempunan kita pegi jer sendiri kan. Hajat dihati nak drive thru jer tapi tah camner lebih baik lepak makan kat situ terus kan. Sekali ramai plak orang. Nasib baik ada parking n meja kosong. Hari cuti plus campur ngan orang yang kerja hari jumaat. Tapi sorrylah, yang paling aku rasa tak best sekali tengok ramai plak lelaki melayu islam kat McD tengah hari jumaat melepak. Ada yang segak pakai baju melayu. Maybe cakap ngan mak dia nak pegi solat jumaat tapi melencong pegi McD sebab nak temankan gf makan tengahari. Tak baik kan aku bersangka buruk. Tapi camner aku tak bersangka buruk masa tuh pukul 1 tghari aku dtg lelaki2 tersebut dah ada. Aku balik pukul 2 pun tak keluar dari McD lagi. Balik tuh aku lalu masjid aku tengok orang baru keluar dari Masji

Boleh lah

Image
Dah kemaruk nak g Legoland Waterpark, kat depan rumah pun jadi lah yer dik. Actually aku belum renew lagi annual pass yang konon2 nak renew tuh. Tapi aku akan renew dalam masa terdekat nih. Fuhhh annual pass utk waterpark n theme park sekali. Heheheh dah lama tak g Legoland. Rasa rindu plak.

Al-Fatihah

Image
Haritu masa ada public holiday hari Jumaat g menziarahi kubur saudara mara yang terdekat. Memang rutin aku setiap kali ada public holiday hari Jumaat mesti pegi ziarah kubur. Yang jadi kemestian mestilah arwah ayah aku. Arwah ayah aku dikebumikan kat Tanah Pekuburan Mahmoodiah Johor Bahru. Tanah Perkuburan tuh antara yang tertua kat JB nih. Kubur tuh pun dah nak penuh n hanya penduduk berdekatan jer dikebumikan kat situ. Lepas jer ziarah kubur arwah ayah aku rasa macam nak g kubur arwah makcik aku yang baru meninggal hari raya yang kelima tahun lepas. Actually aku tak perasan yang birthday makcik aku nih sama tarikh ngan aku lepas tuh hari pun sama ngan aku. Cuma tahun of course lah lain-lain. Bila tengok batu nisan dia rasa macam terkedu sekejap. Patut lah rasa macam close jer ngan dia. Rupanya kami banyak persamaan.  Apa-apa pun semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnn. Al-Fatihah

Checklist

Image
1. Passport 2. Visa 3. Travel bag baru 4. Sweater untuk Spring season 5. Kasut baru 6. Panadol 7. Minyak angin 8. Ubat darah tinggi 9. Pakaian luar dan dalam (hahahaha) 10. Berus gigi, pencuci muka, shampoo & sikat 11. Perfume & deodorant 12. Boarding Pass (yg nih kalau lupa parah ler) 13. Barang2 yang dipesan oleh abg aku 14. Stokin 15. Beli tiket bas dari LCCT ke JB (sebagai backup kalau tertinggal flight balik JB - perlu ke?) 16. Charger hp (takleh pinjam sbb xda sapa guna buah epal) Apo lagi ek yang penting? Aku nak g sini Lagi 12 hari lagi aku nak pergi cuti-cuti. Time cuti sekolah mesti ramai orang kan. Memula excited nak pergi, tapi bila kejadian flight MH370 tuh terus rasa down sikit. Yelah laluan yang aku akan gunakan sama macam flight MH370 tuh. Tapi cuma aku guna syarikat penerbangan yang berbeza. Rasa macam bercampur baur plak. Yang akak aku plak tgh consider nak cancel. Tapi sebab benda nih dah plan lama kan, so aku pergi jer lah. Insh

Makan lagi!

Image
Pernah makan roti kayu manis Domino's Pizza? Fuhh sedap betulll roti nih. Cecah plak ngan sos mcm susu tuh. Fuhhhhh hehehehehe

Dua kisah berbeza

* autopost Kisah 1 Aku ada baca satu blog nih. Pasal pengorbanan seorang suami yang berada kat sisi isterinya masa sakit. Tapi blog nih ditulis dari kaca mata orang lain lah. Bukan suaminya. Memang sedih sangat baca kisah dia. Dah lah ada anak kecil. Untung sangat isterinya sebab dapat suami yang sentiasa berada disisi ketika sakit. Tapi setelah beberapa tahun melawan penyakit akhirnya si isteri dijemput ilahi meninggalkan sang suami dan anak kecilnya. Baru-baru nih aku terbaca blog tuh lagi n kisah terbaru si suami dah berkahwin baru setelah beberapa tahun menduda. Kisah 2 Aku baca kat blog juga n tragedi nih ada keluar kat surat khabar. Kisah seorang pegawai yang berkerja kat kedutaan Malaysia di luar negara, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Pegawai nih balik dengan isteri dan anak-anak sekali. Tapi dalam perjalanan pulang tuh kereta mereka terlanggar lembu yang melintas kat jalan raya. Arwah tinggalkan isteri dan 2 o

Bila demam ke selsema ke mesti cari ...

Image
Bubur McD! Time tuh jer sedap bila dapat bubur McD nih. Rasa hangat jer bila masuk dalam tekak. Lagi satu masa sakit gigi pun sedap dpt makan bubur nih. Kalau bubur McD nih suka kalau tak pekat n tak cair sangat. Baru sedap. Ada sekali dapat cair, air jer. Nasi ke mana. Tapi kalau dpt bubur homemade ngan sambal special mak aku mesti makan tuh jer pun tak kisah. Sebab sambal sedap gila!

Berdoa untuk Flight MH 370

Image
Sedihnya bila dapat tahu pasal pesawat MAS nih semalam pagi. Macam tak percaya jer jadi kat MAS. Tapi ini semua kententuan-Nya, semoga flight ini dapat dijumpai, insha Allah. Harap ahli keluarga penumpang dan anak kapal tabah menghadapi dugaan berat ini. Lagi 2 minggu aku akan lalui laluan yang sama flight MH370 nih tapi menggunakan syarikat penerbangan yang lain n akak aku tengah reconsider balik about our trip.

What the heck

* autopost Sekarang nih kan tengah kecoh cerita pasal artis yg amik suami orang. Siap buat group lagi untuk isteri suami orang tuh. Aku memang pantang bab macam nih especially kat pompuan2 yang amik suami org tuh. Takde perasaan ke derang nih. Lagi rasa macam nak lempang 18 juta kali baca statement lelakinya yg ckp dah hilang perasaan sayang kat isteri. Apa dah jadi ngan dunia nih. Aku bukan nak pertikaikan kuasa lelaki boleh kahwin 4. Tapi kalau mampu takpe.  Mampu tuh bukan dari segi kewangan jer tapi tanggungjawab semer mesti lah sama rata.  Takde terlebih dan terkurang. Ada juga pompuan yg tak nak berkongsi, bagi syarat ceraikan isteri tua.  Lelaki yang dungu pun ceraikan bini tuanya. Orang yang dah banyak susah payah membina hidup. Macam aku ada baca dalam satu blog nih. Sedih betul. Tapi sayangnya blog tu dah tutup. Pastu yang paling menyampah kalau ada orang ckp laki cari sebab isteri dah tak lawa, tak bergetah, perut dah buncit, dah gemuk n whatev

Makan-Makan: Gerai Kuey Teow Simpang Renggam

Image
Sekali extra large aku bagi gambar nih On the way balik daripada majlis tunang anak saudara aku tuh, kitaorang singgah makan kat Gerai Kuey Teow Simpang Renggam (kat jalan masuk Gerai IKS tuh).  Aku tak tau ada gerai sedap kat situ cos selalunya g situ masa bulan puasa jer sebab nak beli kuih raya. So memang tak bukak lah kan kalau time bulan puasa. Bila abg aku ajak singgah ikutkan jer lah kan sebab dia yang bawak kereta. Aku order kuew teow goreng kerang. Fuhh sedap rupanya bila makan panas-panas. Lepas tuh dapat air cendol plak. Perghhh heavennya.. ehehehe So pada sesiapa yang terlalu highway utara-selatan tuh boleh lah singgah ek. Keluar kat tol simpang renggam pastu kanan nanti nampak signboard gerai IKS kat belah kiri dah nampak gerai tuh.

Star Wars ada kat Malaysia??

Image
Haritu pegi antar tanda or tunang anak saudara aku tuh aku lalu kat kawasan nih:- tetiba rasa macam dalam cerita star wars Wow apa benda nih aku tanya akak n abg aku. Rupanya nih kilang simen. Rasa macam dalam cerita star wars plak. Terkagum sekejap. Tapi yang tak bestnya tempat nih sangat berhabuk.

My Nephew E-day 2

Image
9 berbalas 7 Actually majlis nih dah lama. Last year bulan 11, cuma aku tak sempat nak post kat sini. Tunang anak saudara aku nih org nogori so pepagi pukul 7 pagi kitaorang dah bertolak ke Jempol, Negeri Sembilan. breakfast dulu! Sebelum tuh kitaorang berhenti untuk breakfast dulu kat RnR Pagoh untuk breakfast. Akak ipar aku merangkap mak kepada anak saudara aku tuh dah siap2 bawak bekal dari rumah. Kenduri kat tepi highway tuh. Ada makanan ringkas macam bihun goreng putih, sambal telur dan sandwich sardin n telur berserta air kotak Marigold dan Mineral water. Lepas kenyang kitorang pun bertolak menuju ke Jempol. anak-anak gadis n mak-mak gadis sebagai pengangkat dulang hantaran Sebelum tuh mak aku pesan kenapa pergi 4 kereta. ramainya. Aku plak cakap 4 kereta macam sikit. Yelah kan org sekarang tunang bukan macam orang dulu. Sekali nasib baik bawak 4 kereta sebab siap buat khemah so kalau dtg 1-2 kereta malu lah kan. acara berpantun oppss org nogori

Bawak bekal

Image
Duit sekarang macam air jer kan. Kalau g kedai tak habis RM50 memang tak sah. Beli ikan, ayam, sayur n beberapa barang keperluan nak dekat RM50 terbang. Tuh belum gi hypermarket lagi, kompem RM200-RM300 terbang. Kalau g Pasar Tani plak mesti RM150 melayang-layang. Barang semua naik. Sejak BR1M ni dpt tetiba tanpa segan silu harga naik barang seposen dua (seposen dua lah sangat!) Aku yang takde kena mengena ngan BR1M nih pun kena tempias. Haritu gi Pasar Tani, beli ikan pari 2 potong (sederhana), ikan kembong 3 ekor & ikan caru 5 ekor kena RM30. Oklah kot since aku beli ikan pari kan mahal. Kadang-kadang nak dekat RM50 gak kalau aku beli ikan tenggiri n ikan mayong. Tekak aku plak gatal nak makan ikan yang besar2. Tapi ikan kecik-kecik pun mahal. Ikan Keembong pun RM12 sekilo. Tuh belum masuk belanja makan tengahari kat opis. Kalau lunch memang RM10 akan terbang hari-hari. Plus RM5 untuk breakfast - RM3.00 utk paper n RM2.00 untuk makan (RM2 lah sgt ye?) Oleh kerana

My nephew E-day 1

Image
Hantaran Kompang dipalu pengantin baru, pang! pang! pang (bunyi kompang) Duduk bersanding tersipu malu, pang! pang! pang! (bunyi kompang) ekekekekek Belum nikah lagi baru bertunang nih heheheh. Tapi bau-bauan majlis kahwin tuh dah ada. Tapi bukan tuan punya blog yer, anak sedara dia yang bertunang. Punyalah excited kan sebab dah lama tak buat majlis kawin-kawin nih lam family aku. Last sekali adik beradik wat majlis, masa majlis abg aku tahun 2003. Pastu tunggu yang bongsu sampai sekarang nan hadoo yer. Pastu last anak saudara aku (anak abg aku) wat majlis tahun 2007. Dari tahun 2007 sampai la ni mmg takde lagi. Sampailah anak sedara aku (anak abg aku) menyampaikan hasrat nak menyunting anak dara orang. hantaran So bila dpt tau jer yang paling excitednya makcik-makciknya ler. Yelah kan da lama dok nunggu nak hantar rombongan minang anak-anak sedara n adik-beradik aku hampir separuh dah umur 50-an so anak-anak saudara aku ramai dah besar-besar.  Ada ya

Because I'm Happy...

Image
Clap along if you feel like a room without a roof Because I'm Happy Clap along if you feel like happiness is the truth Because I'm Happy Clap along if you know what happiness is to you Because I'm Happy Clap along if you feel like that 's what you wanna do kopak USD1.29 beli ringtone Pharell Williams  kat iTunes Dah takde nak count on me lagi dah. Nak happy plak! psstt: kalau tak tau apa yg aku merepek actually count on me tuh ringtone sebelum nih. Takde makna nak count on me sangat dah. jadi mcm badi tau tak!