What the heck

*autopost

Sekarang nih kan tengah kecoh cerita pasal artis yg amik suami orang.
Siap buat group lagi untuk isteri suami orang tuh.
Aku memang pantang bab macam nih especially kat pompuan2 yang amik suami org tuh.
Takde perasaan ke derang nih.

Lagi rasa macam nak lempang 18 juta kali baca statement lelakinya yg ckp dah hilang perasaan sayang kat isteri. Apa dah jadi ngan dunia nih.
Aku bukan nak pertikaikan kuasa lelaki boleh kahwin 4. Tapi kalau mampu takpe. 
Mampu tuh bukan dari segi kewangan jer tapi tanggungjawab semer mesti lah sama rata. 
Takde terlebih dan terkurang.

Ada juga pompuan yg tak nak berkongsi, bagi syarat ceraikan isteri tua. 
Lelaki yang dungu pun ceraikan bini tuanya. Orang yang dah banyak susah payah membina hidup.
Macam aku ada baca dalam satu blog nih. Sedih betul. Tapi sayangnya blog tu dah tutup.

Pastu yang paling menyampah kalau ada orang ckp laki cari sebab isteri dah tak lawa, tak bergetah, perut dah buncit, dah gemuk n whatever nonsense tah.
Macam dalam iklan kat Metro, suami malu nak jalan ngan isteri gemuk.
Siap ada gambar tutup muka malu.
Macam nak lempang 88 juta kali jer orang yg buat iklan tuh.
Kot iye nak laku kan produk, jgn lah mcm tuh sekali.
Melampau sangat.

Nak tunjuk iklan tuh, cari2 gambar kat hp tak jumpa plak.
Malas plak nak scroll kat instagram aku.

Comments