Cerita pasal lelaki lagi

Jumaat lepas ntah tekak aku macam tak nak makan nasi, so ajak lah member aku pegi cari McD. Nak delivery memang sgt teruk servisnya kat area aku ye. Order pukul 12 pukul 3 baru dapat. Kekadang tak dapat langsung. Nak selamat daripada kempunan kita pegi jer sendiri kan. Hajat dihati nak drive thru jer tapi tah camner lebih baik lepak makan kat situ terus kan. Sekali ramai plak orang. Nasib baik ada parking n meja kosong. Hari cuti plus campur ngan orang yang kerja hari jumaat.

Tapi sorrylah, yang paling aku rasa tak best sekali tengok ramai plak lelaki melayu islam kat McD tengah hari jumaat melepak. Ada yang segak pakai baju melayu. Maybe cakap ngan mak dia nak pegi solat jumaat tapi melencong pegi McD sebab nak temankan gf makan tengahari. Tak baik kan aku bersangka buruk.

Tapi camner aku tak bersangka buruk masa tuh pukul 1 tghari aku dtg lelaki2 tersebut dah ada. Aku balik pukul 2 pun tak keluar dari McD lagi. Balik tuh aku lalu masjid aku tengok orang baru keluar dari Masjid.

Pastu ada sekumpulan lelaki nih bising sgt kat McD. Dah lah tak pegi solat jumaat. Malu lah sikit. Dok tergelak2, terjerit2 macam McD tuh korg yang punya. Pastu macam bangga jer kan duduk kat situ padahal sepatutnya korg ada kat Masjid solat Jumaat.

Yang para2 gf tuh pun tegur2 sikit ler sikit bf tuh. Tak malu ke g makan tghari sama-sama time orang solat Jumaat?

Hah kan aku dah bebel!

Sakit mata aku sebab tuh aku bebel.
Kesian opismate aku sampai pening dgr aku bebel ekekekeek

#prayforMH370

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat