Makan-Makan: Gerai Kuey Teow Simpang Renggam
Sekali extra large aku bagi gambar nih |
On the way balik daripada majlis tunang anak saudara aku tuh, kitaorang singgah makan kat Gerai Kuey Teow Simpang Renggam (kat jalan masuk Gerai IKS tuh).
Aku tak tau ada gerai sedap kat situ cos selalunya g situ masa bulan puasa jer sebab nak beli kuih raya. So memang tak bukak lah kan kalau time bulan puasa. Bila abg aku ajak singgah ikutkan jer lah kan sebab dia yang bawak kereta. Aku order kuew teow goreng kerang. Fuhh sedap rupanya bila makan panas-panas. Lepas tuh dapat air cendol plak. Perghhh heavennya.. ehehehe
So pada sesiapa yang terlalu highway utara-selatan tuh boleh lah singgah ek. Keluar kat tol simpang renggam pastu kanan nanti nampak signboard gerai IKS kat belah kiri dah nampak gerai tuh.
Comments
Post a Comment