Dua kisah berbeza

*autopost

Kisah 1
Aku ada baca satu blog nih. Pasal pengorbanan seorang suami yang berada kat sisi isterinya masa sakit. Tapi blog nih ditulis dari kaca mata orang lain lah. Bukan suaminya. Memang sedih sangat baca kisah dia. Dah lah ada anak kecil. Untung sangat isterinya sebab dapat suami yang sentiasa berada disisi ketika sakit. Tapi setelah beberapa tahun melawan penyakit akhirnya si isteri dijemput ilahi meninggalkan sang suami dan anak kecilnya. Baru-baru nih aku terbaca blog tuh lagi n kisah terbaru si suami dah berkahwin baru setelah beberapa tahun menduda.

Kisah 2
Aku baca kat blog juga n tragedi nih ada keluar kat surat khabar. Kisah seorang pegawai yang berkerja kat kedutaan Malaysia di luar negara, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Pegawai nih balik dengan isteri dan anak-anak sekali. Tapi dalam perjalanan pulang tuh kereta mereka terlanggar lembu yang melintas kat jalan raya. Arwah tinggalkan isteri dan 2 orang anak yang masih kecil. Mula-mula aku terjumpa blog arwah, lepas tuh baru jumpa blog isteri arwah. Sedih sangat baca cerita kat blog si isteri. Kalau baca mata tak bergenang memang tak sah. Aku masih baca blog isteri arwah walaupun jarang update blog sebab bekerja dan anak-anak yang semakin membesar.

Memang berbezakan dua kisah nih. Antara kehilangan seorang isteri dan kehilangan seorang suami. Selalunya si isteri lebih tabah menjalani kehidupan sendiri dengan anak-anak walaupun kehilangan seorang suami. Macam kisah 2 tuh. Dari seorang yang terlalu bergantung kepada suami, menjadi kuat dan tabah demi membesarkan anak-anak tanpa suami disisi. Berbeza dengan seorang suami yang kehilangan isteri, mungkin kerana anak yang masih kecil dan memerlukan seorang kasih sayang seorang ibu. Tapi ada juga lelaki yang sanggup menduda sampai tua demi anak-anak.

Jangan salah sangka ye. Aku menulis post nih bukan nak mempersoalkan dan mempertikaikan kesetiaan seorang lelaki dan bukan juga untuk menghentam or whatsoever. Dah jodoh n itu yang tertulis di azali  lagi. Sapa lah kita nak menolak takdir Allah. 

Cuma sebagai seorang perempuan kekadang rasa sedih juga. 
Sedih bila tempat telah diganti walaupun dah terputus dengan kehidupan duniawi...

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih