General Knowledge

Bila lah aku nak post cerita aku gi Shanghai haritu ek.
Dari nak masuk musim bunga sampailah dah musim panas aku tak tulis2 lagi.
Alahaiiii malas betul.

Actually aku nak tulis pasal budak2 sekarang.
Betapa ceteknya pengetahuan am segelintir anak remaja kita.
Tapi kalau bab dunia hiburan pandai plak.
Tapi pengetahuan am.. FAIL.
Kebetulan kat opis aku ada budak baru masuk.
Dah 2 tahun tinggalkan sekolah.
Pengetahuan am dia bebetul2 fail.
Nak cakap tak sekolah tapi dia gi sekolah.
Kekadang perkara umum yang bebetul memang semua orang tahu dia tak tahu.
Hinggakan sekolah2 famous kat JB nih pun tak tau.
Yang tuh aku mmg pelik sgt lah. Sebab dia mmg org JB.
Siap aku tanya bukan orang JB ke?
So memacam lah aku tanya soalan2 am kat dia. 
Tapi hmmm tak tau. 
Bila tanya baca suratkhabar tak?
Jawapnya tak.

Patutlah.
Aku dulu arwah ayah aku kecik2 dah ajar baca suratkhabar.
Seingat aku lah dari aku pandai baca memang aku suka baca suratkhabar.
Ibarat kalau tak dpt suratkhabar tiap2 hari macam tak lengkap hari aku.
Lepastu bila zaman internet sekarang nih kan banyak info2 dalam nih.
Kalau korg nak tau, website kegemaran aku adalah wikipedia.
Memang suka baca ensiklopedia online tuh.
Lagi satu browser aku mesti set kat Yahoo. 
Tapi bukan Yahoo Malaysia (tak suka baca Yahoo Malaysia) tapi Yahoo US.
Sebab byk berita, cerita or info kat situ.

Suka.
Memang suka baca. 
Tak kira lah pasal politik ke, hiburan ke, sejarah ke, geografi ke n apa2 lah memang aku layan je.
Berguna gak tau. 
Sebab tuh aku lepas audition Moneydrop dulu ekekeke 
(takde rezeki duit berkepuk2 jatuh depan AC Mizal)

Tapi aku memang kesian n tumpang simpati kat segelintir remaja kita.
Kesian sgt. Terlalu cetek pengetahuan am diaorg.

Agak-agak aku tanya Perdana Menteri Malaysia Pertama dia tau tak ek?

Nak try lah esok.

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji