Wedding Anak Boss

Fried Prawn with Macadamia Nuts tuh memang sedap gilerrrrrr

Dah lama dah cerita nih. Bula 3 haritu. Tak sempat nak taip kat sini.
Boss aku buat majlis kawin anak dia yang last so jemput lah semua staff yang seciput tuh.
Kali nih dia buat kat Pulai Springs Resort, Johor Bahru.
Kira senanglah kan sebab dekat ngan umah aku. 10 minit jer jarak dari Pulai Springs nih.
Dulu masa anak dia yg sebelum nih dia buat kat Mutiara Hotel JB, jauh tuh.
Dewan plak sempit sikit so tetamu terhad. Kali nih hajat boss aku nak buat kat Pulai Springs akhirnya tercapai.

banyak selfies jer mlm tuh

Kali nih aku sampai lewat. Meja registration pun dah nak tutup. Majlis lak start pukul 7. So aku lepas Maghrib ler pegi. Sampai-sampai jer memang semua org dah masuk n majlis pun dah start. Sebab tuh aku takde gambar pengantin sebab pengantin dah masuk. Aku lambat. Nasib baik aku jumpa client yg bos aku jemput sekali. So boleh lah masuk ngan dia Takdelah malu sgt. Org lambat dtg bila turun tangga tuh semua org tengok hahah segan. Plak tuh rasanya kitaorg the only Malays kot. (bos aku jemput tapi dia buat tang nak Maghrib tuh yg maleh nak dtg kot). Mcm kitaorg rumah dekat2 ngan tempat tuh. Lagi satu yang tak boleh lupa masa majlis tuh MH370 baru jer ilang paginya. Fuhh memang topik tuh jer yang kuar masa kat meja makan.

rasa macam best jer buat wedding kat sini
*tongkat dagu sambil kelip2 mata

Bab makan, hmmmm aku rasa Mutiara Hotel lagi sedap kot. Pulai Springs nih biasa jer. Cuma Fried Prawn with Macadamia Nuts tuh sedap gilerrrr. Tapi bab portion makanan plak aku rasa Pulai Springs lagi besar portion makanannya banding kat Mutiara Hotel. Ingat lagi macam tak kenyang jer makan masa kat Mutiara Hotel. Tapi kat sini bila last nasi goreng yang datang memang tak boleh masuk lagi ler. Kenyang sesangat.

ini dikatakan selfie dalam selfie

So, buat pasangan pengantin baru (sekarang da tak berapa baru kan hihihi) semoga berbahagia ke anak cucu.

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji