Takut-takut

Bila orang meminta bantuan daripada kita,
Kita sedaya upaya bantu setakat mana yang mampu.
Bantuan itu bukan setakat dalam bentuk wang ringgit.
Menolong menghantar sms juga satu bentuk pertolongan atau bantuan.
Senang cerita menolong or memberi bantuan itu besar ruang lingkupnya.
Bila kita dapat panggilan telefon atau sms yang tidak berjawab, 
kelam kabut kita telefon semula pemanggil tersebut.
Takut-takut ada perkara penting dan kecemasan daripada mereka atau
takut-takut mereka kecil hati tidak menjawab panggilan atau sms mereka.
Tak kiralah mereka itu saudara atau pun kawan-kawan.
Takut-takut itulah yang sering menghantui kehidupan manusia yang takut-takut.
Malah takut kecil hati dan tak nak bermasam muka lah sanggup berpatah balik walaupun dah menempuh separuh perjalanan menuju ke destinasi yang dituju.

Tapi bagaimana pula perasaan anda apabila tiba masa anda meminta pertolongan.
Cuba menelefon. Tidak berangkat. Cuba sms. Tidak berjawab
Tidak mengapa mungkin sibuk dan beranggapan mereka akan membalas semula sms atau panggilan.
Tapi sampai kesudah tiada balasan sehinggalah berjumpa muka ke muka.
Alasanya, telefon tiada kredit, tak dengar bunyi telefon, habis bateri 
or yg paling syahdu eh ko ada telefon ke? 
Jika sekali sekala tidak mengapa. Tapi jika selalu?
Dah tentu menimbulkan seribu pertanyaan pada diri sendiri dan
seterusnya menimbulkan kesedihan sepanjang hari.

Kadang-kadang sesibuk mana pun kita jika diminta bantuan,
Insya Allah membantu setakat mana yang mampu.
Jika berjanji akan memberi bantuan hari esok,
dengan sedaya upaya kita mencuba memberi bantuan sebelum esok menjelma.
Tapi jarang sekali dapat bantuan sebegitu.
Jika bantuan yang diminta tidak dapat, berdiam diri adalah baik.
Sehinggalah 2-3 hari selepas itu atau 2-3 bulan or lebih teruk 2-3 tahun baru diingt apa bantuan yang kita minta.
Oleh itu jangan berjanji kalau tidak boleh ditepati.

Walau macamana layanan orang terhadap kita, tidak sesekali akan membalas balik.
Jika panggilan tidak berjawab, insya Allah dengan kadar segera akan menelefon semula.
Kecuali ketika office hour.
Tidak mengapa, membalas semula perbuatan mereka itu membuat kita lebih kurang sama dengan mereka.

Tabahlah wahai hati, ini adalah satu ujian daripada Allah untuk menguji kesabaran kita....

 ....is feeling sad
(picture kredit to google)

Comments

  1. Betul tu kak.
    Kita ni banyak benda yg kita takutkan, tentang org lain.
    tapi hakikatnya, org lain tu, ade tak pikir sama yg mcm kita pikir.
    rasanya tak, kan.
    sebab tu lah kene banyak2 bersabar dan berlapang dada.
    saya pun cuba praktikkan yg sama bile org tidak bereaksi seperti yg kita harapkan...huhuhu..

    p/s : bab rumah lelong tu, memanglah nak beli rumah teres kak. tapi tak mampulah kak. harga rumah kat jb ni mahal melambung2 mencakar langit gitu. sudahnya, tu yg pergi cari rumah jenis flat / apartment.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat