Jalan-Jalan Cuti Sekolah

Fuhh penatnya.
Baru jer balik dari Shah Alam.
Berjaya gak aku bawak kereta 'orang lain' jauh2.
Aku ada masalah kalau bawak bukan kereta aku. Kurang konfiden.
So Jumaat haritu kena paksa bawak kereta akak aku.
Memacam alasan aku bagi, tapi tak berjaya kena drive gak.
Siap ckp ngan akak aku yg nanti sampa lmbt cos aku drive slow maybe 80 kmj je
Tapi hampeh, pegang stereng jer sampai 140 kmj aku bantai.
Tak berani lebih2 sebab terbayang gambar2 kat blog ondescene huhuhu.
Lagipun dah umur pertengahan nih darah2 panas tuh dah ilang. Tak mcm zaman2 muda dulu ekekeke.

Actually aku sajer jer jalan-jalan g Shah Alam.
Cuti sekolah lah katakan pastu nak tgk rumah baru akak aku n nak g ikea cari barang door gift.
Opss bukan kenduri aku tapi kenduri anak saudara aku.
Jauh giler cari barang door gift kat Ikea kan. Yess akhirnya dpt gak.
500 pcs beli semalam heheh macam orang nak meniaga plak.
Sampai orang pun heran nape kitaorang kaut bendalah tuh isi dalam 5 beg plastik kuning ikea tuh hihihi.
Itu pun tak cukup lagi ko. 350 pcs akan dibeli oleh anak saudara aku bebila dia free.
Nanti dah siap decorate semer aku letak dalam blog ek.
Lain dari yang lain nih door gift nih hihihihi.


Hajat dihati nak beli 500 kotak benda alah nih. Anak saudara aku igt aku nak beli letak telur dalam tuh. Tapi actually kitaorang nak bagi doorgift sorg sekotak (6pcs) glass nih. Tapi dok pikir camner nak bawak ngan kereta kan lagi nak susun2 kat troli. Satu kotak jer dah berat. Payah2. so beli jer lah benda lain. Ringan sikit.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat