Mati itu pasti

Dua hari yang lepas balik kerja jalan jem. Bukan tak biasa jem memang hari-hari balik jem. Jalan Skudai tuh bila masa tak jemnya? Time Raya or Chinese New Year jer jalan clear. Tapi kali nih jem nya luar biasa. Macam tak bergerak. Kalau gerak pun sejemput-jemput jer. So kalau dah mcm tuh cepat-cepat aku cek Waze. Org report kat Waze inform yang kat depan ada major accident. Major accident. Alahaiii ini yang tak berapa gemor sgt. Sebab tak nak tengok yg ngeri-ngeri. 

Bila sampai area yg ada Petronas/McD (mak aku ckp tuh Batu 10) nampaklah polis ramai. Orang pun ramai dok tengok. Rupa-rupanya accident tuh berlaku di jalan menghala ke Bandar. Aku plak nak balik rumah ke jalan JB/Pontian. So memang tak nampak ler sebab dihalang oleh divider. Yang aku nampak ada lori pasir, kereta, polis dan orang-orang yg tengah dok perhati. Lepas tuh polis dok tutup lane kanan dan tengah. Cuma lane kiri jer yang boleh guna. So boleh bayangkan ler jem dari senai ke bandar memang tak bergerak langsung. Time tuh aku assume mesti kemalangan maut. Sebab polis tutup jalan panjang sgt.

Sampai rumah dok cerita ngan mak n akak aku lambat sebab sangkut kat jem. Lepas tuh lepas maghrib bukak lah Facebook ada satu page nih dok cerita pasal accident nih. Memang betul fatal accident. Motorsikal, lori pasir & kereta.  Yang meninggal tuh penunggang motorsikal. Perempuan. Bila dok kaji komen-komen orang baru tahu rupa-rupanya anak kawan akak aku. Sedihnya. Memang mati itu pasti n dah ditentukan sejak azali lagi. Cuma caranya amat menyedihkan. Dikatakan kepala arwah bercerai dari badan. 

Area batu 10 (kat situ ada simpang ke Selong kalau menghala ke bandar n ke Tmn Sutera kalau menghala ke senai) menghala ke Bandar sebelum Kemayan City tuh memang selalu berlaku kemalangan maut. Tak tahu lah nape. Tempat yang sama tak kira yang menghala ke bandar or menghala ke senai memang selalu berlaku kemalangan maut. Dah berapa kali aku nampak kemalangan maut or cedera parah kat situ. Ada sekali tuh bomba dok hon-hon aku mintak laluan rupa-rupanya ada kemalangan maut kat situ. Motor bawah lori batu-bata. Ada sekali tuh kereta tak bagi signal nak tukar lane, terbang penunggang motorsikal tuh. Masa tengok tuh masih bergerak-gerak lagi tapi dah mcm nyawa-nyawa ikan. Tapi yang paling sedih tengok barang dia berterabur.

Actually jalan-jalan kat Johor Bahru nih sangat merbahaya buat penunggang-penunggang motorsikal. Rasanya Johor kot negeri paling ramai yang bawak motorsikal. Jalan-jalan macam Jalan Skudai (Jalan Johor Bahru-Air Hitam), Highway Pasir Gudang or Jalan Tebrau (Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi) nih macam nak bergadai nyawa lalu kat jalan nih bagi penunggang motorsikal. Dengan lori yang laju. Memang ngeri ler. 

Aku yang bawak kereta nih kekadang ngeri tengok orang bawak motor nak-nak kalau sebelah lori. Kalau aku drive ada motor tepi aku, aku memang bagi laluan kat motor tuh especially kalau sebelah lori sebab aku tak nak tgk tragedi berlaku depan mata aku. Kalau ada lubang, lubang-lubang aku langgar dari aku elak kena motor (if motor ada kat sebelah ler kalau takde elak ler takkan nak langgar lubang).

Tolonglah especially yang bawak kereta, sila lah gunakan signal kalau nak tukar lane n pastikan betul-betul jalan clear kalau nak tukar lorong. Kekadang aku perhati yang bawak kereta besar-besar nih malas betul nak guna signal tuh. Macam kalau bukak signal tuh dia rugi beratus-ratus ringgit. Orang mana boleh baca pikiran anda, kemana anda nak pergi. Yang bawak motor pulak kalau ada lori jangalah mencelah-celah. Kita yang tengok rasa ngeri plak.

Takziah buat keluarga mangsa. Semoga roh allahyarhaman dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman amin.. Al-fatihah.


Comments

  1. Memang ngeri dan seram tengok kemalangan maut ni kan.wana dah 2x tengok..mmg sgt mengerikan..pecah kpala dan otak berterabur atas jln..dlm smggu juga susah nak tidur..asyik terbayang..err..

    ReplyDelete
    Replies
    1. accident nih nasib baik saya tak nampak terlindung dgn divider. kalau tak sama lah tak boleh tidur malam

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih