PTPTN
Sumber gambar: Google |
Bila cerita pasal PTPTN nih ramai tak suka. Tak kiralah kat Group Whatapps ke or kat Facebook ke memang tak gemar orang membincangkan pasal PTPTN ni. Baru-baru nih kan dok heboh dalam paper yang diaorg nak reduce payment untuk pelajar baru yang amik diploma n degree. Tapi yang paling kecoh sekali yang peminjam yang tak pernah buat bayaran langsung akan disenaraikan dalam CCRIS. Kalau dah masuk senarai CCRIS tuh dah payah ler nak wat apa2 pinjaman di masa depan. Nak beli rumah ke nak beli kereta ke. Rekod kita dah masuk kat Bank Negara.
Masa mula-mula grad dulu pening gak memikir cara nak membayar PTPTN nih. Kerja belum dapat. Bila dah dapat gaji seciput jer tak mampu nak bayar PTPTN. Aku start bayar PTPTN masa tahun 2006 bila tetiba dapat surat warning daripada PTPTN, kira-kira 4 tahun lepas aku grad. Masa tuh memang dah ketar kaki nih kan sebab memikirkan kesan yang aku dapat kalau kena senarai hitam. Yang paling takut kena senarai hitam imigresen ler. Puas aku buat surat rayuan mintak reduce bayaran bulanan sebab masa tu tak mampu nak bayar ikut surat perjanjian. So aku pun bayar ler setiap bulan RM50 padahal ikut surat pejanjian RM200 tiap-tiap bulan selama 10 tahun. Bila datang statement tengok berapa sangatlah yang dipotong lagi lah dengan kos pentadbiran 4% tuh memang tak nampak luak pun loan balance loan aku.
Pastu aku up lagi RM100 bayar tiap-tiap bulan but still tengok balance mcm tuh jer. Kos pentadbiran jer dah makan RM40 kot tiap-tiap bulan so balance loan aku cuma tolak RM60 jer so berapa sangat lah potong loan tuh kan. Sampailah tahun 2012 aku dapat tawaran ujrah 1% tuh n barulah nampak sangat beza apa yang aku bayar n alhamdulilah dah separuh balance loan aku.
But ramai yang kata Ujrah 1% tuh leceh, menyusahkan dan juga tak masuk akal. Ya, betul aku setuju yang kadar bayaran ikut Ujrah tuh tak masuk akal. Kalau gaji ciput mcm aku ni memang pengsan ler nak bayar RM500 tiap-tiap bulan selama 4 tahun. Mana nak bayar rumah, kereta n keperluan-keperluan aku yang lain kan? Lepas tuh bayran ujrah hanya boleh dibuat dengan potongan gaji melalui LHDN sahaja bagi peminjam yang mempunyai majikan. Masak. Memang tak boleh skip ler mcm dulu bayar sendiri.
Tapi tawaran Ujrah dengan jadual bayaran RM500 selama 4 tahun tuh adalah tawaran pertama. Masa mula-mula dapat tuh aku mengamuk lah gak kan. Lepas tuh aku pasrah jerlah kos pentadbiran 4% pun 4% lah sebab tak mampu nak bayar RM500 sebulan. Sekali tetiba aku dapat email baru daripada PTPTN lepas 6 bulan aku tak accept 1st offer dulu. Dia bagi 2nd offer untuk ujrah n restructure balik schedule of payment tuh. Dari RM500 selama 4 tahun kepada RM197.00 selama 10 tahun. Maybe masa tuh diorg dpt sambutan buruk kot tuh diorg restructure schedule yang baru. Alhamdulilah, masa tuh tak tunggu apa lagi terus reply surat setuju terima offer Ujrah tuh. Bayaran plak melalui potongan gaji melalui LHDN.
Memang banyak sangat beza Ujrah 1% nih. So PTPTN dia kira balik apa yang aku dah bayar dulu ikut Ujrah 1%. Bila dapat statement senyum jer sebab bersusut-susut terus balance loan PTPTN aku dari masa kos pentadbiran 4% tuh.
So pada sesiapa yang masih belum bayar PTPTN tuh sila lah berkunjung ke pejabat PTPTN berdekatan anda n berbincang dengan pegawai kat situ dan pada sesiapa yang sedang membuat pembayaran but still bayar kos pentadbiran 4% tuh try apply ujrah. Kalau schedule of payment yang dia bagi tuh still bebankan kita mintak rayuan untuk berapa yang kita mampu. Lagipun PTPTN sekarang dia dah offer tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun berbanding 10 tahun. Rugi tak grab peluang yang ada. Banyak beza dari 4% n 1% tuh.
Banyak orang marah pasal PTPTN nih, tapi pada pendapat aku masa mula-mula apply dulu dah perjanjian namanya PINJAMAN kan? so kena lah pulangkan balik. Lagipun cer tengok masa kita dapat PTPTN dulu, betul ke kita gunakan duit tuh ke jalan yang benar? cer ingat balik.

Comments
Post a Comment