Skip to main content

Cerita Seminggu

Sejak 2-3 minggu nih memang takde mood langsung nak tulis blog. 

Bukak blog, baca blog orang pastu tutup. 

Takpun dok layan bukak facebook, tah link mana-mana mcm oh media ke, sukan star ke, pen merah dot com ke or siakap keli ker terus khayal sampai tak sedar dah 1 jam dok mengadap.

Kerja plak hari-hari kalau balik belum gelap memang tak sah lah. Sejak lepas Deepavali haritu, hari-hari pukul 7.30 malam mesti sampai rumah.

So malam memang letih. Pukul 9 malam dah belayar ke lautan pasifik. Mana sempat nak tulis blog.

Plus aku nih dah 4 hari sakit perut plus demam. Mula-mula demam, semua badan aku sakit-sakit n kaki lemah jer. Ingatkan kena sampuk penunggu longkang depan opis aku sebab sebelum tuh aku dok sauk ikan gapi kat longkang tuh. Lepas demam terus kena diarrhea sampai lah skrg lom baik lagi.

This week plak bz nak buat besday party untuk 2 orang jantan kesayangan aku (amboi kasar bahasa aku hahahha). Besday anak-anak saudara aku plus akak & abang aku yg semua jatuh bulan ni. 

Yang paling tak sedap tuh aku nak tempah lah kek utk bawak pegi sekolah tadika mat ayip next week, tapi sampai sekarang orang yg aku nak order tuh tak reply msg aku. Mula-mula call tak angkat. Lepas tuh angkat. Dah angkat suruh whatapps. dah whatapps jawapan yang aku dapat 'nak kek tuh ye' aku jawab ya n tanya harga n sampai la nih tak jawab. Kalau tak boleh buat cakap jer lah tak boleh buat jangan lah buat orang tertunggu-tunggu. Tau lah aku nih bukan regular customer ko kalau awal-awal ckp ko tak boleh buat kan senang. Boleh aku cari solution lain. Msk nih dah 3 kali kena. Dulu tanya nak belajar pastu senyap. Ke 2 tanya pasal fancy cookies pun senyap juga. Sampai aku beli set cookies cutter. Ada 101 design beli kat Wilton.  Ke 3 nih tanya pasal kek. Ada jawapan tapi terus senyap. 

Aku nih bukan orang yang memaksa2 orang nak jawap bila kita tanya 2-3 kali jawapannya 'nanti ye' memang tak ada lah aku dah give up terus. Nak meniaga buat lah cara meniaga tapi kalau takat nak meniaga untuk regular customer, kirim salam jer lah ye. Banyak kedai kek lain! 

End up aku order kek ngan Secret Recipe walaupun takde gambar kartun mcm si mat ayip tuh mintak (harap-harap si mat ayip jgn bertukar jadi raksasa next week dah lah ye). Nak wat camner dah takde option lain lah sbb aku masih mengharapkan org tuh reply whatapps aku. Kesudahannya hampeh!

Comments

  1. Ala kesiannya awak..kalo dekat boleh tempah dengan wana.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya semalam masa tulis entry nih dah terbayang kek awak. tapi apa kan daya jauhh huhuhuh

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.