Skip to main content

Resepi: Roti John

Lama betul tak share resepi. Kali nih nak share resepi Roti John buat sendiri kat rumah.  Boleh dikatakan kalau ada orang nak datang mesti g supermarket cari bahan-bahan buat Roti John. Lagipun memang laku kalau buat nih.


Bahan-bahan untuk Inti
400 gm daging cincang (selalu guna yang Ramly jer)
2 biji bawang besar (di potong dadu)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
Serbuk kari daging (aku main campak2 jer)
Minyak masak
Lada sulah
Garam dan perasa secukup rasa

Cara-cara
Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. Masukkan daging cincang dan serbuk kari, garam, perasa dan lada sulah secukup rasa. Masak sampai kering airnya macam gambar kat atas.


Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk dan masukkan 2-3 sudu inti (ikut suka nak rasa telur banyak or inti banyak) kedalam telur dan gaul sampai rata. Panaskan kuali tidak melekat (direkemen guna yg nih) dengan majerin or butter dan letakkan inti atas non-stick pan. Letak roti atas inti & telur tuh sampai masak.


Tadaaa siap akhirnya. Aku guna roti hot dog. Kecil dan senang. Untuk sosnya terpulang. Boleh letak sos black pepper, mayonnaise or even cheesy cheese pun boleh. Tapi aku lebih suka makan kosong macam nih. Baru rasa kenikmatan intinya.


Fuhh teringat kenangan makan Roti John kat gerai-gerai sebelah Komtar 28 tahun lalu yang lalu. Dulu masa sebelum Komtar tuh jadi JBCC n Pasar Lama jadi Johor Bahru City Square kat situ macam-macam makanan yang sedap ada jual kat situ. Paling tak boleh lupa Roti John & Yong Tau Fu. Arwah ayah selalu kalau dapat gaji beli Roti John or Yong Tau Fu. Roti John memang original lah takde sapa yg boleh tanding sampai skrg. Mana diorg pegi ek?

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.