Legoland Malaysia

Berjanggut muka aku

Baru berapa kali jer guna kad nih. Pegi Waterpark baru masuk 3 kali n yang dry park plak masuk dua kali guna kad. Actually aku agak "benchita" gak nak pegi Legoland nih. Tapi memikirkan boleh main-main air plus makan finger salamon dia yang sedap sangat tuh, aku gagahkan jugak.

Satu yang aku tak suka g Legoland nih nak jalan punya lah jauh. Means nak jalan ke pintu masuk tuh dari carpark. Org obes mcm aku nih sakit kaki ooo nak jalan. Waterpark ok lagi ler sebab tempat dia tak berapa nak besar tapi yang dry park tuh. Alahaiiii masuk kat situ pusing-pusing sakit kaki. Lagi satu aku g bukan explore satu taman. Pegi mana yang suka jer pastu balik. Kalau orang lain tuh maybe dia pusing satu park n kejap2 duduk tuh yang tak terasa sangat tuh.

Mat Ayip nih kalau amik lesen boleh fail! lampu merah pun langgar.

Sebelum nih aku buat annual pass yg kaler kuning tuh, annual pass untuk dry park tuh cos sebelum tuh belum ada Waterpark. Oleh kerana aku ada ahli keluarga yang kerja kat Legoland nih, so dapatlah aku renew annual pass and upgrade ke Premium Pass under MC Family. Kalau Premium Pass nih F&B ada discount sampai 30%. Aku suka gi Legoland sebab nak makan jer hahahah.

Ini kat Wave Pool. Tempat aku suka lepak
Yang nih memang fav aku hahaha. Ada Salmon Finger, Ayam goreng 2 ketul, Udang goreng 4 ketul, wedges & onion ring (sedap gila onion ring sini) plus Nescafe Ice. 
Budak penakut tak nak g tempat lain
Masa nih lepas mandi terus masuk dry park sebab nak
g tengok pameran Stars Wars
Si Ayip yang nak sgt masuk sini. Aku dok bebel2 nak balik sebab kaki
da sakit
Geram tengok keychains nih tapi bila tengok harga
terus rasa down sgt2.
Masa ni Mat Ayip takde gi Bandung.
Pegi ngan budak2 nih tak takut pun boleh explore tempat lain
Kalau sampai petang pun dia tak kisah.
Tapi makcik mu nih dah penattt
Tangan dah kecut pun nak berendam lagi
muka monyok sebab kena balik

Pada pendapat aku lah Legoland Malaysia nih lagi seronok kalau pegi ngan budak-budak. Jangan letakkan harapan yang tinggi ngan Legoland Park nih sebab fokus utama diorg adalah untuk tarik kanak-kanak datang. So jangan lah komplen yang Legoland nih takde roller coaster yang tinggi2 n seram2 ke. Tak sama ok. Even kalau korg pegi yang kat oversea pun sama memang taman nih khas untuk kanak-kanak. Legoland Waterpark pun best gak memandangkan kat JB nih payah nak jumpa Waterpark yang camnih kan. Ada beberapa slides yang agak exciting gak. Pada yang ada anak-anak tuh aku rekemen pegi tempat nih, 


Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat