Resepi: Kuey Teow Sup

Antara mi fav. aku kuey teow. Kuey teow nih masak apa jer memang aku layannn. Goreng ke sup ke fuhh sedapnya especially yang sup dapat plak time nak buka puasa perghhh segerrrrr jer bak kata org jawa. Kali nih nak share resepi Kuew Teow Sup fav. arwah ayah aku n family aku.

Bahan-bahan

250 gm kuey teow
Sebiji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1 biji tomato dihiris
2 pokok sayur sawi
Telur
1 batang lada merah (dihiris) - yang ini ikut tahap pedas.
Bahan-bahan rencah (udang, ayam, sotong or apa2 yang anda suka)
Sos tiram & Kicap (manis ke masin ikut suka)
Minyak, Garam n air.

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau dan masukkan sos tiram dan bahan-bahan perencah.


Masukkan sayur sawi dan tomato n tumis sampai layu.


bila dah layu masukkan air. dalam 500ml


Tuang kicap dan masukkan garam. Kat sini kena sesuaikan. Jangan sampai masin sgt. Kadang-kadang kicap tuh dah masin n tak payah letakkan garam lagi. Pecahkan telur dan biar mendidih. Lepas mendidih masukkan kuey teow n kacau biarkan sebati n mendidih dan siap! boleh hidangkan.


Gila aku nih. Telur ayam ada telur puyuh ada. Mau naik kolestrol nih.

Comments

  1. Erm..sedapnya..wana pun suka mkn kuey teow tapi suka makan wantan ho kuey teow..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea sedap juga tuh tapi selalu makan kat kedai jer. belum terer masak yg tu hihi

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tabung Haji