School holidays it's over!

Tahun lahir: 2008

Habis dahhhh cuti sekolah so hari ini bermulalah jalan-jalan jem di sekitar sekolah-sekolah di Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu. This year aku ada 4 orang yang terdekat ngan aku start sekolah Darjah 1. Tiga orang anak saudara dan seorang cucu saudara. My 2nd cucu (1st cucu dah darjah 4 tahun ni hihihi). Fuhh rasa macam sekejap jer kan masa berlalu? Dah sekolah darjah 1 dah budak-budak ni. Tiga orang dah sekolah hari ini, sorang lagi esok baru sekolah sebab dia kat Shah Alam.

Budak yg aku gaduh hari-hari.
Botol air siap berbalut ngan tuala sbb mak
 dia bekukanair milo tuh hahaha

Antara 4 orang nih, Mat Ayip ler paling rapat ngan aku sebab dia duduk serumah ngan aku dari umur dia 1 tahun sampai lah sekarang nih. Teman gaduh aku hari-hari, teman aku gi Jusco, teman aku g makan Sushi King etc so kiranya dia dah jadi macam anak aku jugak (takde anak, anak sedara pun jadilah kan??) so sebak dada aku bila tadi dia naik bas sekolah time gelap lagi. Huhuhu aku memang sgt emosional orang nya. Mama dia pun relax jer, Aku n tok mak dia plak yang sedih tadi.

Dalam kelas

Lepas jer dia naik bas, aku n akak aku terus pegi sekolah dia. Sebelum tuh singgah sekolah akak aku dulu. Fuhh jem nya jalan pagi nih. So aku dapat bayangkan camner kalau besok cos esok semua orang kerja. Igtkan dah lambat n bas dia dah sampai rupanya belum lagi. So sempat lah kitaorg tengok dia turun bas n cari kelas dia. Belajar berdikari. Sekolah Mat Ayip nih takde drama-drama. Budak-budak sekolah dia takde yang nangis2. Yelah sekarang dah lain tak macam dulu. Budak-budak sekarang tadika jer dah 3 tahun so bila masuk darjah 1 kira dah berani.

*sebak*

Lepas dia masuk kelas n dgr taklimat ibu bapa kitaorag pun balik tapi sebelum tuh ngendap dulu si Mat Ayip nih. Masa tuh nak ke kantin, belajar membeli-belah di kantin plak. So kitaorg tinggalkan jer lah sebab cikgu dia yang akan ajar semua. Pukul 12.30 aku datang balik tapi aku sorg jer tengok dia naik bas camner. Hajat hati nak sembunyi tapi dia boleh nampak aku plak. Aku ajar dia nak tunggu kat mana, nak naik bas kat mana n lepas dia naik jer bas terus aku cabut balik rumah. Nak tunggu kat rumah plak. Alhamdulilah berjaya dia sampai ke rumah.

Belajar rajin-rajin ye dik. Moga cita-cita adik nak jadi Ustaz macam Ustaz Kazim Elias tuh tercapai ye dik. 

Mat Ayip satu2nya anak saudara aku yg cita-citanya nak jadi Doktor, Ustaz dan Imam :)
Semoga dipermudahkan Aminnnnnn

Comments

  1. semoga anak2 saudara jadi anak yang rajin dan pintar.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah, aminnn. terima kasih wana.

      Delete
  2. tulah kan ramai yang dah sekolah umur 4 tahun..
    semoga tercapai cita2 mat ayip

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah aminnn. tuh lah kan sekarang ramai dah antar anak2 awal ke tadika

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tabung Haji