Budi bahasa amalan kita

Hmmmm

Bulan lepas aku ada appointment kat sini. Satu appointment mak aku n satu appointment aku sendiri. Anak beranak check-up kat sini. Tapi kitaorg jumpa pakar lain-lain. Mak aku jumpa pakar Nefro aku plak hmmm biarlah rahsia. 

Rahsia bukan sebab apa sebab aku nak cerita pasal doktor pakar yang aku jumpa kat sini. Dulu pun aku pernah membebel pasal doktor nih kat blog nih yang pada pendapat aku adalah sangat tak patut dia marah patient dia macam tuh. Tapi bila aku fikir balik. Bagus jugak kan, Kena fikir positif maybe dia marah sebab nak suruh orang berubah n jaga kesihatan sendiri daripada doktor yang buat bodoh tak cakap apa-apa.

Tapi walaubagaimanapun kena ada sempadan untuk marah, menengking or memaki orang. A BIG NO, NO, NO kalau buat benda yang sama pada orang tua. Kalau orang muda macam aku ko nak maki aku ke nak marah ke still aku boleh terima. Paling-paling pun aku tempeleng je kepala ko doktor hahahaha. Ok itu imiginasi jer ya. Paling-paling rasa sentap pastu buat muka seposen. Tapi memang aku tak boleh terima kalau orang yang ko marah tuh orang tua. 

Orang tua ok?? takkan doktor takde orang tua kot. Tak tahu ler mmg takde orang tua or memang tak pernah rasa nak hormat orang tua or memang jenis orang tua. Memang sentap aku dengar dia tengking orang tua tuh. Aku pulak rasa macam nak tempeleng kepala doktor tuh. Kenapa lah aku tak berani nak stand out utk orang tua tuh. Rasa macam nak ketuk kepala sendiri plak!

Aku faham macam mana bila orang dah berumur nih berurusan kat hospital. Aku pun temankan mak aku tiap-tiap kali dia ada appointment kat hospital. Mak aku this year dah 73 memang kena pegi teman. Even masa dia umur 50-an pun aku temankan dia. Dia memang tak tahu klinik mana nak pergi.

Makcik yang kena marah nih berumur dalam 60-an gitu, bawak anak tapi anak buat bodoh kat luar. Patutnya anak lah yg ikut sekali mak dia masuk dalam n pantau mak dia punya schedule appointment klinik. Ni makcik nih terpinga-pinga bila doktor tanya. Lagi dapat doktor bingai macam tuh ada dia tengking n marah-marah makcik tuh. Pastu halau keluar? Kalau kena kat mak aku tuh kompem tak pegi lagi hospital. Nasib baik doktor2 yang mak aku jumpa ok. 

Boring betul, lagi 4 bulan ada appointment ngan dia lagi. Ikut kan hati malas betul nak jumpa dia. Kena discharge kat klinik biasa pun discharge lah. Malas betul nak buat dosa asyik kutuk doktor ni selama seminggu lepas jumpa dia.

Lagipun ajal maut semua ditentukan Allah bukan ditangan doktor.
Aku dah buat sehabis baik untuk jaga kesihatan aku.
Kalau aku still ada simptom yg sama jer mesti ada something yg buat aku jadi gini kan.
Bukan ko terus ugut nak 'tendang' aku g klinik biasa siap ckp memang 'mati awak kalau kena pegi klinik biasa'. 
Tahu ler bayar RM5 jer tapi igt ko boleh buat sesuka hati jer ke sebab kitaorg bayar RM5 jer???

Comments

  1. erm..menyirap lak baca psl doc tu..tau le awak doc..klu layan pesakit mcm ni..yg x sakit pun leh sakit..yg dh tentu sakit tu makin bertmbh sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah. saya pun takde semangat nak jumpa dia lagi.

      Delete
  2. zara pun ade personal experience dekat hospital kerajaan di Johor. tp bukan doctor. Staff nurse yg sangat la over. Long story short, die marah my mom which that time tunggu my grandmother br lepas operate tulang pingang.. Siap tanya my mom " mak cik tak pernah masuk hospital ke? mak cik dari felda mane nih?"... My mom ape lagi.. Sound habis habisan depan doctor sendiri. The next day, staff nurse tu cakap lembut, sopan santun. and dah pandai senyum dekat my mom and also to others..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada certain orang memang tahu nk marah jer. geram jugak. my sis pun pernah kena masa bersalin masa tuh msk ward kelas 3 sbb takde kosong punya garang mcam apa. bila dah transfer msk 1st class layan nya lain plak. boleh ke mcm tuh? tak patut betul.

      Delete
  3. emm..betul ke doktor tu cakap camtu? yang ayat last tu. keciwanya ada doktor macam ni. dia patut faham kondisi orang sakit macam ni..tak sakit pon jadi sakit kalo macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. doktor tuh memang kasar sikit. Selalu fikir positif bila dia marah maybe nak sedarkan patient tapi bila dia marah warga emas tuh yg rasa mmg tak patut sangat. Saya pun rasa macam nak give up dah nih.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tabung Haji