Cepat sedih

Aku ni sangat emosional orangnya. Especially bila permintaan kita kena reject. Tapi emo aku nih takde over sgt marah-marah ke cepat terasa ke. Aku lebih kurang orang yang cepat sedih. Pantang tengok cerita sedih sikit boleh berair air mata. Tengok kartun Toy Story 3 pun boleh meleleh air mata (scene Andy berpisah dengan woody).

Hari ni bila ada masa terluang tadi aku jalankan misi mencari pusat dialisis untuk mak aku. Doktor dah suruh standby cari tempat dialisis untuk mak aku sebab condition buah pinggang dia dah makin merosot. So puas lah aku menelefon dari satu tempat ke satu tempat. Semua tempat dah penuh n tak terima lagi pesakit. Tapi yang aku rasa macam sentap sikit tuh aku telefon satu pusat dialisis kat satu hospital pakar nih, perghh ganas betul nurse kat situ jawab. Alahaiii jawab baik-baik macam Pusat Dialisis Perbadanan Islam kat Kebun Teh tuh kan bagus. Siap bagi suggestion lagi kat mana nak cari tempat yang lain.

Banyak tempat aku telefon tapi jawapanya, Penuh cik kami dah tak terima pesakit lagi cik. Masa tuh rasa kecewa sgt macam nak menitis air mata aku. Setiap kali call ckp penuh sebak terus dada aku. Haritu masa doktor bagitau suruh booking tempat dialisis pun dah berkaca air mata aku. Nasib tak menitis. 

Dari last year lagi doktor dah kesan buah pinggang mak aku makin merosot so diorg suggest buat tapak untuk dialisis kat tangan. Pujuk mak aku akhirnya dia setuju nak buat tapak tuh. Tapak tuh penting untuk persediaan kalau mak aku tetiba kena dialisis. So tapak dah siap tinggal guna jer. Kalau tak kena buat kat leher, temporary macam tahun 2012 dulu.

Sekarang nih mak aku every month kena checkup dengan pakar nephro. Dr pun dah bagi siap-siap borang masuk wad in case kalau tetiba mak aku ada simptom mual-mual, muntah-muntah n sesak nafas.

Ya Allah permudahkan lah urusan aku mencari pusat dialisis. 

Tengok, menitis lagi air mata aku.

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji