Bye, Bye Si Hijau!

Bye..
Setelah 10 tahun guna servis prepaid dan 3 tahun guna servis postpaid akhirnya aku mengucapkan goodbye lah kepada si Hijau nih.

Sorry to say si Hijau, ur rate sangat tak masuk akal, dulu aku igt kamulah yang termurah sekali.
Plan RM50, 1GB, 100 minit call, 100 sms. Ya masa tuh rasa indah sangat.
Tapi bila 1GB tuh 2-3 minggu dah licin, mula rasa cam apakahhhh?
Apakahhh mau top up 1GB monthly kena RM48.
Mau top up harian 500MB RM5.00 1 hari. Apakahhhh?

Lepastu ada berita viral pasal kamu kat website.
Katanya kamu pilih kasih tawarkan plan-plan kamu.
Masa tuh ler kat FB aku banjir orang post perbandingan dengan telco lain.
Tetiba terus macam tersedar dalam tidur. Rupa-rupanya ada banyak lagi pilihan yang lain.

So Jumaat lepas aku amik keputusan meninggalkan kamu.
Lagipun telco yang aku pilih nih boleh lah diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang.

welcome back!
Masa mula-mula dulu aku pakai henpon tahun 1999, aku pakai prepaid celcom.

Masa tu starter pack prepaid celcom jer yang paling murah RM180.
Telco lain semer mahal. Telco hijo tuh RM250 rasanya.

Lepas dah grad n kerja aku pakai postpaid Celcom tapi nombor lain. Nombor prepaid tuh abg aku yg pakai n dia pakai sampai skrg. Lepas tu aku pun rasa sakit ati ngan celcom sebab rate mahal gegila. Bayangkan ler bill hp aku tiap-tiap bulan RM200 ke RM300. So terus terminate n beli prepaid si hijau tuh.

Lepas tu aku beli iPhone terigin nak pakai postpaid. Terus convert nombor aku tuh jadi postpaid n sampai ler hari Jumaat minggu lepas aku amik keputusan untuk tukar kepada Celcom.

Aku amik plan First Gold  Celcom.
RM80, 10GB internet (5GB untuk hujung minggu), unlimited call n sms, internet tak abis boleh carry forward. Memang berbaloi-baloi habis lah!

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji