Cerita Basi: Hari Anugerah Cemerlang 2015

Cerita basi adalah kesinambungan daripada Cerita Last Year. Hihihi tukar nama jer tapi maksud still sama.
Ada budak baru lepas kena marah
sbb tak pakai stokin!
Cerita basi datang lagi!
November lepas si Mat Ayip nih dapat ler undangan untuk Majlis Ihtifal sekolahnya.
Alhamdulilah. Si Mat Ayip dapat anugerah Penghafaz Terbaik Darjah 1.
Dia berjaya menghafaz surah-surah hafazan untuk tahun 1 tepat pada masanya
Dari segi akademik pulak, sekolah Mat Ayip nih darjah 1 tak exam. 
Darjah 3 nanti baru ada exam. Tapi berdasarkan band2 yang dia dapat kira terbaik jugaklah pencapaiannya. Haha tak paham aku sistem skrg nih.

Suka. Siap usung kehulu kehilir piala ni 2-3 hari
Awar & Wan
Yang kat atas nih pulak anak saudara aku Awar n adik dia, Wan. Awar nih kira tahun pertama sekolah kat Malaysia.  Sebelum nih masa dia umur 7 tahun dia sekolah kat Shanghai sobab omaknya bekerja di sana. Yang adik dia nih baya si Mat Ayip. Balik Malaysia terus masuk darjah 1 n si Awar pulak masuk darjah 4. Tapi yang kesian si Wan nih memng kurang asas 3M tuh sebab dia masuk kiddie kat Shanghai kan. Sistem tak sama ngan sini. So masa dia baru masuk darjah 1 dia kena lah masuk  kelas LINUS. Tapi alhamdulilah masuk tak lama 1-2 bulan jer gitu. Lepas tuh terus ok boleh baca ngan lancar. Kalau bebetul tadika kat Malaysia macam Mat Ayip nih  confirm 5 tahun dah leh baca cam abg awar dia dulu. Alhamdulilah exam akhir tahun Awar dapat nombor 2 dalam kelas n darjah 2 dan terbaik dalam Matematik n English. Adik dia Wan tuh pun cemerlang dapat nombor 1 dalam kelas n no 4 or 5 dalam darjah 1 (dah lupa) n terbaik dalam Dunia Sains & Teknologi.

Mira pun cemerlang jugak!
Tahniah gak kat niece aku nih, Amira. Dia nih sebaya ngan Mat Ayip & Wan. Tahun 2008 kan aku dapat 3 orang anak saudara. Mira nih pun dapat naik pentas amik hadiah 10 terbaik darjah 1.
Makcik mu ini sangat berbangga dengan kamu semua!
Kipidap untuk tahun ni pulak ya!

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji