Skip to main content

Hantaran

Haritu kecoh pasal pengantin RM15K tuh.
Bab tak bayar, tumbuk menumbuk tuh aku takmo ler lelebih komen.
Tapi aku tertarik ngan nilai hantaran sekarang, RM15,000-00 ek?

Aku maleh ler nak cakap hantaran ikut kelulusan.
Tapi kalau takat SPM ke halnya hantaran sampai 15K?
Aku tak cakap pengantin baru2 nih tapi kalau umur baru 21 paling2 ada diploma kot?
Tapi tak kisah lah kan ko ada PMR ke, SPM ke, STPM ke, Diploma ke, Degree ke, Master ke, PHD ke or tak sekolah sekalipun tuh hak diorg ler nak letak berapa ribu or belas ribu or puluh ribu sekalipun.

Cuma tapi kan pada aku agak-agak ler kalau nak letak berbelas ribu.
Kena tengok gak ler si pengantin lelaki tuh kerja apa.
Kalau kerja guard ke, kerja kilang ke buruh ke takkan ler nak belas-belas ribu.
Kalau lelaki tuh baik, sayang anak boleh bimbing anak kita apa salahnya bertimbang rasa kan.
Lagipun bila anak perempuan dah jadi isteri orang, lepas beban tanggung apa-apa dosa dia.
Sekarang suami dia plak yang tanggung.

Agak-agak ler pun nak mengetuk duit pengantin lelaki sebab nak buat kenduri kawin besar-besaran.
Org melayu ni wat kenduri bukan cam omputih, resepsi sampai 2, 3, 4, 5 or 6 kali.
Yang belah lelaki lah pompuan lah.
Sebelah lelaki pun nak wat kenduri gak kan.
Ni hantaran dah belas-belas ribu plus nanti kenduri sendiri? fuhh masak

Macam akak aku yang ada anak-anak dara nih siang2 aku dah igtkan jgn letak harga memahal.
Yelah kan mak n arwah ayah aku tak pernah letak tinggi-tinggi masa diorg nak kawin dulu.
Siap ada yang free lagi sebab tengah belajar kat obersea time tuh.
Kalau dah kawin kan senang kan? family jauh ribu2 batu
At least ada gak orang jaga time kat tempat orang.

Tapi tuh lah trend orang sekarang ler nak buat majlis kawin grand
Katanya seumur hidup sekali. Tapi kalau sampai hutang-hutang apa ke hei nya??
Anak dah lahir 2-3 orang hutang tak abis-abis.
Terus teringat filem P. Ramlee tuh.

Oleh itu pada sesiapa yg bakal nak kawin tuh ukurlah baju di badan sendiri or bakal bakal suami/isteri ya.
Bukan kalau kita or bakal suami tuh jenis duit tak habis-habis tuh takpelah kan.
Yang paling penting kehidupan selepas kawin tuh sebab cerita tuh lagi panjang nak membacanya

Selamat Pengantin Baru!
Cerita pasal kawin nih lom sempat buat entry kenduri kawin anak saudara aku kat atas nih. Dapat lah sorang lagi niece in law. Anak-anak saudara aku nih ramai yang dah masuk kategori boleh kawin ni. Bila anak2? Makcikmu ini lapar nasi beriyani hihihi

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.

Selamat Pagi!

Assalamulaikum dan selamat pagi semua! Mari kita mulakan hari dengan sarapan yang sihat! Tapi aku puasa ganti hari ni. Last day. Insya Allah.

Langit Petang

Takde modal nak tulis cerita so share gambar pemandangan jer lah ye. Tunggu modal datang dulu.