How was your weekend?

Mine? *geleng kepala sambil mata pandang atas*

Penat ooo minggu ni. Rasa cam sesak nafas betul. 
Ingat jadi orang bujang senang ke? Orang menggambarkan kehidupan aku sangat easy, takde tanggungjawab katanya.

Tapi big no, no, no ye. Tapi sebelum tuh aku admit mcm Saturday aku a bit free lah pagi-pagi itu pun kalau akak aku takde Ko-Ko kat sekolah dia n terima kasih Allah, sekolah dia tak wat Ko-Ko hari Sabtu starting this year. But still dlm 10 am aku dah merayap keluar cari lauk wat masak tghari.

But kalau Sunday, memang sangat memenatkan. Rasa cam sesak nafas ok.
Macam semalam, phewwwww.

Pepagi akak aku dah call suruh hantar baju, dia salah pakai baju. Sekolah-sekolah kan ada hari yang kena pakai baju Ko-Ko tapi dia boleh pakai baju lain plak. Dah satu kerja kena iron baju dia n hantar ke sekolah dia.

Lepas tuh mak aku pesan nak makan bubur kat restoran kat taman lain. Itu no problem ler sebab untuk mak aku lautan api sanggup ku renangi dan kebetulan aku nak gi Pasar Tani kat Taman lain gak.

On the way tuh minyak kereta dah blinking2 mintak diisi. Kena lah melencong masuk stesen minyak.

Pastu g pasar tani dulu g ler beli ikan, udang, ayam, telur wat stok minggu ni n tulang rusuk konon nak masak tulang rusuk asam pedas. Lepas pilih2 bawang yg cantik2 itu terus chow balik umah.

Sebelum tuh teringat nak g spital kul 11 nanti nak singgah Pusat Diabetes sekali kena lah kuar kan duit sbb nak beli meal replacement kat situ, so singgahlah petrol stesen tadi balik, n adik kaunter tadi tengok aku semacam sebab masa aku isi minyak tadi dok meradang ngan dia sbb kad debit takleh guna kat pam hihi.

Lepas tu baru lah g restoran yang mak aku pesan bubur tuh. Alahai ramai orang plak. Kalau tau pegi masa nak isi minyak tadi cos masa tuh takde orang lagi. Lepas dapat bubur zassss balik umah. Omak dah lapar tunggu aku balik lama sangat.

Sampai jer umah mandikan baby Mya dulu pasti baru breakfast fuhh lelah. Pastu bersihkan tulang rusuk masuk dalam pressure cooker terus zassss ke Hospital plak. 

Nasib baik anak saudara aku yg nurse tuh cuti, tinggal kereta kat umah dia, naik kereta dia. Senang kan takyah aku cari parking yang susah kat hospital tuh. Tujuaan ke spital nak amik tarikh baru cos haritu terlupa date appointment mak aku. Terlepas tarikh daaa.

Sampai spital nasib baik klinik pakar tuh tak ramai orang, dapat tarikh baru zasss ke pusat diabetes plak. Beli barang apa yang patut n tanya sister apa yang patut terus zass balik umah.

Masa drive balik mata dah ngantuk igt nak tidur kejap sebelum amik Mat Ayip pukul 1.30 petang. Sekali baby Mya meragam n mak aku tak sempat menumis asam pedas. So zasss lah aku di dapur masak asam pedas tulang rusuk tuh. Masa tuh dah pukul 1 petang ok.

Gitu gini kul 1.35 petang gak baru aku keluar rumah amik Mat Ayip. Dah lah jarak sekolah dia nan umah aku 20 km pun ada tapi lalu highway cepat sikit 2.05 ptg aku dah sampai sekolah dia nasib belum abis solat zohor. 

Lepas Mat Ayip keluar teruss zasss balik umah. Sampai umah pukul 3 petang,  kepenatan sampai tak larat nak makan tengahari.

Baby Mya 4 bulan
Tapi penat camner pun bila budak kat atas nih senyum kat aku terus hilang penat n lupa semua apa-apa masalah yang aku hadapi.

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji