Radio

Kalau naik kereta mesti nak bukak radio kan.
Radio apa yang korang dengar?


Aku skrg nih naik kereta jer pagi dengar lawak 3 orang ni
Sepahtu Sinar
Jam 6 pagi - 7 pagi setiap Isnin, Rabu & Jumaat dan Jam 7.30 - 8.30 pagi setiap Selasa & Khamis memang dgr diorg jer lah. Kalau dalam kereta pagi-pagi ni ikut musim ler. Sebelum ni aku dgr Mix FM. Aishah, Rod & Prem. Tapi start bulan puasa last year aku tukar dgr SINAR sbb nak dgr lagu raya punya pasal hahaha terus melekat.


Bila masuk office pulak bukak yg nih plak
Class 95 Singapore #1 English Radio Station
Kat office boss aku sangat cool, siap pasang radio n speaker di setiap penjuru office. Dia bagi bukak radio but dengan syarat mesti english radio station ler untuk improve english budak-budak office. Untuk aku no problemo lah asalkan ada bunyi bising n takdelah bunyi krik, krik, dalam opis sbb sunyi kan. Masa nih from 8 pagi sampai 5.30 ptg mmg bukak Class 95. Station nih lebih kurang macam MixFM ler but sorry to say much better than MixFM. Kenapa aku cakap much better, diorg tak ulang-ulang lagu yang sama dalam masa beberapa jam. Kiranya lagu tuh satu hari keluar sekali jer satu hari kecuali lagu baru n selection lagu dia sgt luas n selalunya mengimbau kenangan zaman remaja aku masa zaman 90-an. DJ dia Jene Danker yang baju oren tuh aku dengar since zaman sekolah aku masa dia kat 98.7FM n aku selalu hantar dedication n selalu jugak lah dia bacakan kad dedication aku hehehee.


Bila petang balik kerja dgr radio ni plak
Santai Sinar bersama Feeya & SY
Kelakar jugak dia dua orang nih petang-petang. Memang bukak diorg jer lah. Budak office aku yang layan radio lain semer dah layan sinar time pagi n petang. Time jem-jem aku nak dengar orang buat lawak. Paling lawak dgr lagu hindustan jom balik diorg nih. Skrg bila nak balik bagi nyanyi lagu tuh jer kat officemate aku hihihihi.


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Aku dulu dengar ERA tapi aku tukar sbb aku mmg tak boleh masuk dengan lagu-lagu kat ERA. Yelah kan dah nak masuk 40 so nak dgr lagu2 yg sesuai ngan jiwa aku. N aku pun peminat Hitz but sejak JJ blah daripada HITZ terus jarang dgr. Lagi satu aku still takleh masuk gak ngan lagu-lagu kat Hitz. Aku dengar MIX or SINAR jer but selalunya mmg dgr SINAR jer lah. Tapi pada aku untuk selection lagu yang best mmg CLASS 95 lah sbb selection lagu zaman 90's mmg meluass sgt tak terhad mcm kat Mix.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat