Skip to main content

Resepi: Sambal Tempoyak

Fresh lada dari Pasar Tani
Dah lama kan aku tak share resepi. Kali ni jgn memain orang Johor nak share resepi sambal tempoyak. Seperti yang kita sedia maklum, tempoyak nih makanan yang popular di Perak dan Pahang. 1st time rasa tempoyak nih masa aku belajar kat Shah Alam ler dulu. Aku nih kan jenis tolak batu dan kayu n room mate aku plak baru balik daripada kampung n bawak plak sambal tempoyak masak yg nenek dia masak. Makan ngan nasi panas kat dewan makan fuhhh memang terangkatlah. Terus aku jatuh cinta pandang pertama ngan Sambal Tempoyak ni. Bila dah jadi peminat nih harusla kita belajar cara-cara memasaknya kan, so meh ler sini aku share resepi Sambal Tempoyak yang aku belajar daripada kawan aku daripada Perak.

Sambal Tempoyak Masak
Bahan-Bahan
Lada Merah
Lada Padi
Ikan Bilis
Serai
Kunyit hidup
Daun kunyit
Garam secukup rasa
Gula
Tempoyak
(berapa tuh aku tak reti nak tulis brp sbb aku main campak-campak je)

Cara-caranya
Ikan bilis ditumbuk satu senduk dengan lada padi, lada merah dan masukkan dalam periuk bersama tempoyak, serai, daun kunyit yang telah dihiris halus, garam, kunyi hidup ditumbuk, gula dan garam dan masak diatas api dan kacau sehingga sebati. Bila dah dapat kepekatan yang diidamkan boleh lah matikan api dan hidangkan dengan nasi panas-panas.

Sambal Tempoyak Masak

Yang susah kat sini nak cari orang jual tempoyak ler. Tapi nasib baik kwn akak aku ada kebun durian n buat tempoyak nih. So setiap kali musim durian aku akan pastikan beli dalam kuantiti yang banyak untuk simpanan stok kat rumah sampailah musim durian yang akan datang.

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.