Posts

Showing posts from 2013

2013 Highlights - Part 2

Image
Sambungan daripada Part 1 July Bulan mula puasa. Abang aku kat Shanghai balik lagi bercuti untuk bulan puasa. Rumah aku siap renovate. Pastu ada touch up sikit2 untuk interior design umah aku. Bulan nih plak aku dapat warning dari Telekom sebab tak bayar hutang (kes masa aku duduk Shah Alam dulu). Bab nih memang menyampah. Lain kali jgn percaya ngan orang sgt! cantik tak kak tonnn! ekekek August Bulan sedih. Raya ke 7, Ibu saudara (adik mak aku) aku telah kembali ke rahmatullah. Agak rapat dengan Arwah. Kadang-kadang datang rumah arwah belikan barang keperluan untuk dia. Last jumpa dia 4 hari sebelum dia meninggal. Terkejut sangat-sangat. Al-Fatihah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman Al-Fatihah September Bulan nih highlightnya Trip aku ke Makassar. Lama dah plan trip nih sejak anak saudara aku mula-mula belajar kat Makassar, Indonesia. Plannya camner sekalipun mesti buat trip ke sana. Anak saudara aku amik juru

2013 Highlights - Part 1

Image
Wahhh cepat betul masa berlalu kan. Lagi 2 hari kita akan mengucapkan goodbye kat 2013. Rasanya macam baru semalam buat entry 2012 Highlights . Sekali dah masuk 2014 ler. Rasanya nak copy paste jer ayat highlights 2012 sebab mcm sama jer 2013 nih. Tahun yang macam bercampur baur. Seronok ada tak seronok ada heheheh memacam lah.   In fact tahun nih memang takde benda yang menarik. Tapi oleh kerana every year aku buat entry highlights nih nak tak nak kena ler buat yer. Walaupun highlight aku maybe merapik meraban jer hahahaha.  Apa-apa pun highlight hidup aku dan orang-orang disekeliling aku untuk 2013:- January Bulan nih takde yang menarik. Abg aku n family dia balik bercuti ke Malaysia. Surprise untuk mak aku hihihi n bulan Januari nih aku kopak RM2k++ sebab beli buah apple kat bawah nih.  Akhirnya dpt gak benda yang aku idam2kan hihihihi iPhone 5. Nasib baik beli dulu sbb iPhone 5s mahal. Pakai sampai jahanam kot hp nih. Februari Bulan Februari ada annual trip ke Uni

Resepi: Sambal Goreng Tauhu & Tempe

Image
Dah lama tak share resepi kat blog nih.  Kali nih aku nak share resepi Sambal Goreng Tauhu & Tempe. Tak tau apa nama Sambal Goreng nih. Nak kata Sambal Goreng Jawa rasanya mcm lain kan? Aku kalau masak sambal goreng nih aku ckp nak masak sambal goreng mak jer hihihi. Sebab mak aku suka buat sambal goreng nih. Kalau hari raya hidangan nih wajib ada. Makan dengan ketupat. Sedapnyaaaa Bahan-bahan 3 keping Tauhu dipotong dadu 3 keping Tempe dipotong dadu 8-10 batang kacang panjang dihiris memanjang 10 ekor udang dibuang kepala & kulit 1 biji lada merah dihiris 1 biji lada hijau dihiris 1 biji bawang besar dihiris 2 ulas bawang putih dihiris 1/4 inci halia dihiris 1/2 inci belacan dibancuh ngan santan 1/4 biji santan Garam & perasa secukup rasa Cara-cara Panaskan minyak n goreng Tauhu, Tempe & kacang panjang sekejap (jgn kering sgt goreng lemau2 je). Angkat n ketepikan. Bekas minyak goreng tuh tumis lada merah, lada hijau, ba

Kali pertama

Image
Apa perasaan anda bila beli kereta baru? Mesti seronok gila kan? Aku servis kat pusat jualan n servis Perodua. Bila servis kereta, kat sini ler aku pegi walaupun mahal dari bengkel luar. Aku tak caya sangat bengkel luar cos aku perempuan lak tuh takut kena tipu. Kalau kat sini aku memang percaya sebab sejak zaman aku pakai kancil hantar kat sini. Takpelah kan apa salahnya bayat lebih sikit untuk good service n genuine spare part. Yang untung kereta aku n aku gak kan.  Actually aku tgh bosan gila tunggu kereta aku siap servis. Ngantuk tahap gaban dah nih kalau disorongkan bantal mau esok pagi baru bangun.  Sesambil tunggu kereta siap aku perati ler gelagat manusia kat sini. Ada yg bawak 1 family pegi servis kereta. Perghhh kalau aku bwk mat ayip mau meroyan kat sini kebosanan. Tapi budak2 nih relax jer aku tgk. Yang paling best perati gelagat org baru dpt kereta. Perghhh senyum lebar sampai ke telinga. Bila tgk diorg teringt balik masa mula2 aku nak beli

Membesar bagai juara!

Image
Juara lah sangat! Membesar jer tah bila lah nak masaknya.  Membesar, membesar dan makin membesar Tapi tak masak2 n still keras Sampai dahan tuh patah sebab tak dpt menahan berat buah nih. Solutionnya makan jerlah yang muda2 ye. Cecah ngan kuah rojak. Sedap gak.

Masak adalah hobi saya :P

Image
mau masak apa? Mak aku cakap kalau aku dok rumah memang bertambah2 lah lemak kat badan aku. Last week kan long weekend kat Johor (Cuti hari hol) Hari2 ada jer menu yang aku masak. Yang pagi lain, petang lain  hihihihihi Nak wat camner aku suka makan. Kalau suka makan kena lah masak sendiri takkan nak makan kedai je kan? Sesekali testing resepi baru or bagi anak2 saudara aku makan rasa mcm best gitu. (takde anak sendiri huk huk huk anak saudara jadi mangsa) Kekadang anak2 saudara aku yg dah belajar jauh tuh kalau balik cuti dtg umah siap request nak makan masakkan air tangan aku or akak aku katanya. Huhuhuhuhu terharunya Siang nanti budak2 tuh dtg.  Ada yang tgh cuti sem n ada yg tgh cuti study week. Dah memacam request nak makan dalam whatsapp last week. So kena lah tunaikan permintaan diorg. Huhuhuhu

Alhamdulilah...

Image
Tahniah Ahmad Hamka! Ahmad Hamka ni cucu mak aku merangkap anak saudara aku yang ke 16. Anak bongsu akak aku nih umur 15 tahun tapi aku tetap anggap umur dia 5 tahun. Sebab manja sangat! anak bongsu lah katakan. Harini sedia maklum result PMR keluar. Alhamdulilah.  1 jer lagi nak dapat 8A. 7A 1B Yang terkilan tuh 1B tuh subjek Pendidikan Islam. Sebab masa trial dia dpt A untuk subjek tuh Katanya ramai yang dpt 7A n 1 A,B or C untuk subjek Pendidikan Islam. Format baru katanya. Yang paling frust maknya lah luahkan perasaaan kat Whatsapp. Aku sebagai makciknya pun frust jugak. Sebab mmg harap sgt dia boleh teruskan streak dari UPSR. Tapi nak buat camner kan semuanya ketentuan dari Allah. So terimalah. 7A tuh kira cemerlang gak kan. Satu kelebihan dia nih otak dia ada lebih sikit memori. Kat rumah jarang belajar. Bukak buku 1-2 muka surat pastu tidur. Tapi bila kat kelas dia tumpukan dan fokus 200% dgn apa cikgu dia ajar. Kata akak dia apa yang cikgu dia

A & W

Image
Macam biasa blog nih kalau takde post gambar makanan memang tak sah kannn. heeeeee A & W Kalau kat JB nih tak silap aku cuma ada kat Aeon Bukit Indah jer kot Tempat lain aku tak pasti. Yang gambar kat atas nih aku makan masa singgah kat R&R Jenjatas Ayer Keroh. Kalau gi road trip lalu lebuhraya utara selatan tuh memang suka singgah R&R Jenjatas Ayer Keroh. Nih masa lunch aku. Lunch pukul 6.00 petang. Lunch lah sangat! Kalau makan A & W teringat masa jamuan kelas Form 1 kat A & W Kotaraya, Johor Bahru. Heeee tahun 1992 time tuh. Masa budak2 time tuh. Bila Form 2 & Form 3 McDonalds Plaza Pelangi. Form 4 upgrade sikit kat Hyatt Johor Bahru (sekarang Thistle Hotel) & Form 5 kat Mutiara Hotel Johor Bahru (dulu Holiday Inn). Fuhh jauh perjalanan dah 15 tahun tinggalkan zaman sekolah  (aku lama sikit sekolah sbb amik form 6 hihihih)

Semoga tabah menghadapi hari-hari mendatang

Image
Haritu aku n opismate aku kena gi melawat client di luar kawasan. Mula-mula disuruh aku drive.  Tapi kereta mak patut kena servis plus tayar kereta mak yang patut kena tukar. Mak takut nak bawak jauh2 k. Nasib dpt driver. Wakakak Tengok opismate aku sedap jer boleh tidur Actually client aku tuh bukan dok Melaka, tapi Selangor.  So 350km jugaklah menempuh perjalanan. Nasib baik ada Waze so dapatlah cari rumah dia. Kesian ngan client aku nih. Muda lagi tapi dah lumpuh separuh badan. Apa sebabnya nanti lah lain kali aku cerita. Benda belum selesai tak boleh cerita hihihi Semoga adik tabah menghadapi hari-hari mendatang. Doa kami untuk kamu.

Stress!

Image
Akibat stress pen n stapler berjalan ke tempat lain, maka terciptalah gelang getah nih. Gara-gara bini Popeye yg suka amik pen orang! 

Kuey Teow Ketam

Image
Konon Kuey Teow Ketam Actually masak separately. Ketam nih lauk makan tengahari.  Makan petang plak buak kuey teow goreng basah. So aku gatal-gatal amik kuey teow ngan ketam tuh So jadilah Kuey Teow Ketam hihihihihi

Mawar Putih Tanda Perpisahan

Image
Hah! cerita pasal drama melayu plak. Asyik2 drama korea je kan. Drama ni yang menang Anugerah Skrin 2013 haritu. Drama yang disiarkan kat Astro First. Kalau tengok balik sejarah pemenang Drama terbaik kat Anugerah Skrin sejak TV3 bukak peluang kepada stesen tv lain, kebanyakkan drama yang ditayangkan kat Astro menang. Takpun RTM. Tak dinafikan drama-drama melayu kat Astro memang sedap2 belaka. ( sebab musabab tak tukar Astro ke Hypp TV? kat situ ada channel Melayu macam kat Astro tak? ) Berbalik pada drama nih.  Memang lama gila tak tengok Rosyam Noor berlakon. Drama nih actually mula2 kat Astro First, so kena bayar ler kalau nak tengok. Tah bila tayang pun aku tak pasti. Tau2 jer Drama nih menang nasib baik ada kat Astro Citra.  So boleh lah tengok. Aku screen shot lagi dari website Astro. Drama ni memang terbaikkk  Memang layak dapat Anugerah Drama Terbaik. Rosyam Noor & Nad Zainal memang terbaikkk. Mak Mah pun berlakon best. Part mula2 tuh j

Kalau takde post pasal makan tuh bukan blog Awanungu!

Image
Breakfast Nasi dagang! nyum! nyum! Kalau kena karinya fuhhhhhhhhh Lunch Soto!  nyum! nyum! Tabur bebanyak bawang goreng & daun sup & daun bawang Sambal kicap sikit fuhhhhhhhhh Errr igt esok nak buat pulut lepa lah

Duit lagi!

Image
Buruk nya jari aku! Duit, duit dimana kau duit! Last month road tax, insuran & lesen expired Bulan nih seasonal parking expired & servis kereta. Alahaiiii takkan nak korek simpanan rukun islam ke 5 aku kot?? Pas bermusim parking aku memang kena beli. Takmau kena saman ngan Majlis. Saman terkumpul pun dah banyak oooo nak dekat RM1k pun ada. Pengsan mak kalau Majlis saman. Nak tak nak kena renew every 3 months. Parking bermusim nih boleh guna di beberapa Majlis Bandar/Perbandaran/Daerah kat Johor. Harganya RM225 untuk 3 bulan.  Kalau kupon plak RM0.60 utk 1 jam dan RM0.40 untuk 1/2 jam. Nak tak nak kena lah beli. Kalau tak beli asyik dok memikir nak beli kupon, kena kopek kupon kekadang kena saman. Lebih baik beli pass nih. Parking kereta, matikan enjin, kunci kereta terus blah masuk opis. Tak yah susah2 nak kopek kupon kereta tuh.

Pilihan tidak sihat!

Image
Breakfast Lunch Dinner Kalau doktor aku baca blog aku memang mati ler aku hihihihihihi

Aku suka singkong, kau suka keju

Image
Masa nak balik boleh plak borong keropok nih. Sedap gila ok. Nak-nak singkong berlado nih. Tau tak singkong tuh apa? Singkong tuh ubi kayu. Rasanya singkong memang banyak ditanam kat Makassar. Kat mana-mana jer ada ubi. Yang paling sedap ubi goreng cecah ngan sambal. Sedap gila singkong goreng tuh crunchy kat luar lembut kat dalam alahaiiiiiii dah banyak kali cuba buat kat Malaysia tapi tak dapat yang sama. Pueh gak google resepi. Sapa tau sila share. Actually aku nak share video masa kat Trans Studio Makassar Enjoyyyy! Rockin' Tug Mampu tengok jer Mesti pening

Ole-ole

Image
Ole-ole dari Makassar untuk diri sendiri. Sutera Makassar. Masa gi Bandung aku tak beli apa pun untuk diri sendiri. Punyalah beli kain semer apa sekali balik untuk diri sendiri takde plak. So masa gi Makassar nih aku siap2 dulu pilih untuk diri sendiri. 2 jenis lak tuh huhuhu. Tapi ni untuk buat kain jer. Nanti bajunya kena cari lain kat sini.

Surrounded by Love

Image
Happy Birthday to Me! Last week genap umur aku ehem2... 34 tahun lah! Yess aku tak pernah berahsia tentang umur aku dan aku pelik sangat orang yang berahsia sgt tentang umur. Yang perahsia sebab-sebab keselamatan takpe tapi perahsia sebab takut org tau umur dah banyak tuh alahaiii. Macam biasa aku ngan muka tak malu sebulan yang lepas mintak lah akak aku kek rainbow untuk birthday aku. Hahah macam budak umur 5 tahun plak mintak kek kan. Tapi aku tak jangka ler dia nak buat kek untuk aku. Igt dia just beli jer kat Season sebab esoknya pepagi dia dah nak terbang ke Vietnam. So macam biasa aku balik ler rumah n dah terbau2 konon2 orang nak buat 'surprise'. Mana taknya bila aku tekan jer button autogate tuh tetiba automatik rumah yang tengah terang benderang tuh gelap tetiba (diorg igt dah tutup ngan curtain sliding door tuh takleh nampak ke hihih). Masa tuh aku dah tak tahan nak gelak. Sama macam last year aku dah tau taktik diorg. Aku slow2 lah bukak grill pin

Catatan Perjalanan: Makassar Part 7 (Last Part)

Image
Sambungan daripada Makassar Part 6 Licin ko! Lepas jer solat Maghrib pegi makan malam plak. Kat Restoran Dinar juga tapi branch lain namanya New Dinar. Kira restoran nih baru ler. Pegi restoran yang sama sebab nak makan ikan goreng tepung diorg yang marbeles cecah ngan sos yang excellent tuh. Adehh kecur bila ingat balik. Tapi time nih tak amik macam semalamnya. Cuma amik ikan 2 (dua2 goreng tepung), sotong, sayur & kupang masak apa tah. Memang tengah kelaparan jadinya memang licin lah pinggan2 semua. Masa nih dok teka-teka berapa ler bill kena kan. Sekali bil cuma RM90++ duit kita. Memang murah lah. Kalau kat Malaysia panggi karipap kalau kat sana cer teka panggil nama apa? hehehe Sebelum balik rumah tamu tuh singgah gerai kejap beli kuih kat atas nih. Nama kuih nih sgtlah censored k. Kalau kat Malaysia panggil karipap kat sana panggil 'Jalangkote'. Terkejut badak gak bila aku baca nama kuih nih ekekekkee. Dari segi rupa memang sama macam karipap kat Malay

Catatan Perjalanan: Makassar Part 6

Image
Sambungan daripada Makassar Part 5 Coto Makassar Hari kedua di Makassar. Hari Ahad. So jalan tak berapa nak sesak kat kota Makassar nih. Masa aku pegi nih nak musim haji so ada beberapa tempat tuh sesak sikit sebab orang hantar pegi haji. Hari kedua kat Makssar nih kitaorang plan nak bershopping. Lupa nak cerita pasal breakfast. Kitaorang breakfast kat rumah tamu jer. Lupa plak nak amik gambar breakfast kitaorang. Kalau pasal breakfast rasanya Malaysia lagi meriah kot ngan pilihan makanan. Kalau kat sini pilihan tak banyak. Yang famous tuh Nasi Kuning ada lauk maggi goreng, telur rebus dan macam tempe goreng gitu. Sedap gak Nasi Kuning tuh. Murah dan banyak. Gambar kat atas tuh aku makan masa lunch. Coto Makassar. Kalau convert duit RM baru RM3.00 jer satu mangkuk. Coto Makassar nih macam sup daging lembu yang dimakan ngan ketupat dan diperah ngan limau nipis. Kalau ada sambal kicap lagi sodap kot. Tapi kat Makassar kan mana ada hehehe. Sutera Makassar Mula-mula sebe

Catatan Perjalanan: Makassar Part 5

Image
Sambungan daripada Makassar Part 4 Entry favorite. Hahaha. entry makan ler apa lagi. Lepas jer memborong tudung, Hari pun sudah malam. Padahal baru pukul 7 lebih. Pastu dah nak masuk isya' dah. Perut pun dah berkeroncong so anak saudara aku pun bawak ler gi makan kat Restoran Dinar Seafood, dinner malam kedua aku kat Makassar. Kedai nih macam high class sikit sebab banyak kereta besar-besar makan kat sini. Mula-mula tuh seram gak nak amik memacam. Nak tau kitaorang makan apa cer tengok gambar kat bawah nih:- Kasi besar ini gambar ehehehehehe 2 jenis ikan memanggil-manggil tak? 5 orang dewasa dan 1 org kanak-kanak makan Hihihi kitaorg amik:- Ikan gurame yang dibakar Ikan tak tau nama digoreng tepung Cumi (sotong) goreng tepung Udang yang dibakar Terung panggang Kangkung goreng belacan Lala cili Otak-otak ala Indonesia Memang superb sedap. Terutama ikan goreng tepung tuh fresh n sedap sangatt. Sampai si ayip kalau makan ikan goreng tepung m