Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 10

Sambungan daripada Part 9

Dinner
Still hari yang sama, hari kedua terakhir di Shanghai. Sambungan daripada Part 9. Lepas jer shopping kat bawah tanah tuh kitaorg terus rushing balik ke apartment family abg aku. Dah lah time balik kerja n jalan jem, kitaorg kena berkejaran cos nak solat maghrib kat apartment diorg. Lagi satu akak ipar aku dah buat reservation untuk dinner pukul 7.30 malam. Maghrib masuk pukul 6.15 petang kira sempat ler kot. Pulak tuh restoran tuh terletak kira-kira 45 minit perjalanan daripada apartment diorg.

Dinner @ Spice Bazaar
Akak ipar aku belanja kitaorg semua makan kat Spice Bazaar iaitu restoran masakan daerah Xinjiang iaitu daerah yang penduduk utamanya adalah orang Islam. Ramai juga makan kat restoran nih. Antara restoran halal yang ada kat Shanghai ni.

Meh tengok menu dulu.
Semua ahli rombongan dari Malaysia n family abg aku termasuk Simon join dinner nih kecuali anak saudara aku (anak abg aku yg kat Shanghai) ni hilang entah kemana. Katanya jumpa kengkawan tapi tak balik-balik. Dah janji suruh balik pukul 6 sbb ada dinner tapi tak balik. Dia balik pukul 7 n semua orang dah pergi so tinggal lah dia sorg2 kat umah. 

budak ni pemalu

Masakan daerah Xinjiang ni adalah banyak kepada pengaruh Turki. Kalau baca sejarah asal-usul penduduk Xinjiang nih diorg nih kebanyakkan adalah daripada etnik ughur yang berasal daripada Turki. Sedap juga masakkan kat sini tapi macam terlebih masin plak. Yang aku perasan masakkan diorg nih semua mesti ada kentang. Setiap masakkan mesti ada kentang.

Tadi sebelah sana. Ni sebelah sini plak
Jemput makan. 
Nampak tak appetizer sayur ijo tuh? Kat sayur tuh dia ada letak satu spice yang kalau makan mulut kita rasa berangin tak rasa menda pun. Minum air pun tak ilang2. Pemusnah selera betul. Mula-mula abang aku dah warning. Aku tak perasan dia warning  tapi bila dah termakan baru tau azabbb. Actually spice tuh untuk org tak boleh makan pedas. Bila makan pedas makan benda tuh so pedas pun ilang. Tapi kitaorg Malaysia kannn mana boleh tak makan pedas.

Berkecah aku makan hahaha. Rusuk Kambing. Super duper sedapppppp!
Makananya kalau tak masin sangat mesti sedap-sedap. Portion makananya pun banyak sampai tak abis dimakan. Dah lah masakkan dia banyak kentang jer. So memang cepat kenyang. Lagi satu mencatat sejarah nasi semangkuk kecik tuh aku cuma dapat habiskan separuh jer. Tak pernah aku tak abiskan nasi hihihi (turun 4 kg berat aku gara2 gi Shanghai. Tak kuat makan rupanya aku nih) Tapi anak saudara aku licin dia makan nasi. Terbalik plak hahaha. Aku suka deko restoran nih, ala-ala suram lampunya n sangat sesuai daripada restoran yang terang benderang hehehehe. Malam tuh ramai couple plak dinner together-gether n ramai ekspatriat yg makan kat situ. Mula-mula tuh nak celebrate birthday akak ipar aku yg ke 57 sekali keadaan tak mengizin kan so kitaorg decide celebrate kat umah jer lah.

amboi anak bujang sorg nih
Lepas makan, kitaorg dibawah berjalan-jalan sekitar Shanghai untuk melihat keindahan Shanghai pada waktu malam pulak. Abang aku bawak pegi satu street nih. Aku dah lupa street apa tapi kata abang aku kalau g Shanghai tak sah gi street nih especially time malam. Tapi aku tak turun sebab aku duduk kat van yang paling belakang pastu pegang kek. So akibat kepayahan mcm tuh baik aku stay jer ler kat dalam van walaupun rasa penyesalan tuh ada bila akak aku cakap rugi tak turun sebab kat luar tuh sejuk sangat-sangat. Akak aku dah lah pakai baju nipis tak pakai sweater konon ingat lepas makan panas kan. Hah ko sekali mengigil2 ekekekee. 

Suhu malam itu 12 darjah Celcius
Mereka bergambar tanpa aku yg sodap berborak kat dalam van ngan akak ipar aku
Malam terakhir di Shanghai
Lepas jer jalan-jalan kat sini, kitaorg amik keputusan nak balik ler. Lagipun akak ipar aku kerja esok pagi n hari pun dah pukul 9 lebih. Kalau kat Malaysia 9 tuh mcm masih muda kan tapi kat sini 9 tuh macam dah pukul 11 kot. Sebabnya malamnya cepat. Balik rumah jer masing-masing dah kepenatan. Sebab sehari suntuk berjalan n malam tuh gak kitaorg start kemas beg kitaorg semua sebab esok mlmnya dah nak balik. Takde aktiviti jalan-jalan pada hari terakhir iaitu hari ke-enam (Jumaat) cos dah nak balikkan kena kira balik timbangan berat takut-takut terlebih kan.

Tapi sebelum tuh sambut besday maklong yg ke-57!
Mat Ayip tuh sibuk jer pantang nampak kek,
semua dia ingat kek dia jer.
Antara bag. Diulang sekali lagi ANTARA bag (kiranya ada lagi nih)
Hasil tangkapan fridge magnet & keychain.
Ok sekian sahaja entry hari ke-lima aku di Shanghai. Sambung di Part 11 ek. Kali nih last part. Akhirnyaaaaa last part!

Comments

  1. jgn lupa jenguk blog saya yek
    http://dckeyjamil.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. tuuuuudia borong.. brapa ribu habis ni bayar kilo luggage isk isk hahaha..
    tak snggop den hahaha.. kitorang tong tong saja ngan kawan kawan.. beli shopping sket2 sbb habis kat makanan n bayar masuk sana sini.. itupun semput nak usung beg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gila sgt tgk barang-brang kitaorg. nasib baik mmg cukup semua bag ditimbang. orang-orang kat airport pun heran apa kebenda yg dibeli sampai banyak mcm tuh ekekeke

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat