Skip to main content

Oktober Sudah???

Fuhh lama gak aku tak memekak dlm blog aku nih kan. rasa mcm malas jer. lagi pun aku rasa letih n cepat ngantuk tuh yg malas nak tulis2 kat sini. lagi satu last week aku 3 kali ulang alik JB - Klang. Penat ooo drive. pulak tuh drive pukul 4 pagi n balik petang hari yg sama. 3x tau tak. diulangi 3x. bila dah ulang alik mcm tuh rasa mcm dekat lah plak kan padahal 300 lebih KM tuhh. dah tak pasal2 kena servis kereta aku bulan nih. 

name tag. kenangan yang tinggal
Kenapa aku pegi Klang? hehhe haritu aku ada ada post something lah. alah yg aku marah2 tuh. tapi terpaksa tarik balik post tuh sbb aku telah dihubungi oleh pihak terbabit. tuh yg last week aku kena pegi sekali lagi ke sebuah studio di Klang utk satu rakaman rancangan tv disebuah stesen berbayar. rancangan apa tuh? hahaha teka lah sendiri. tak sangka plak msk audition utk suka2 boleh plak lepas utk jadi contestant. tapi tuh lah aku menang ke idak. mari lah kita sama-sama tunggu rancangan tuh yg akan disiarkan ujung bulan nih di Astro channel 104 yer. tapi aku kat episode mana tuh takleh kasi tau. teka lah sendiri ekekkeekek

notes: yahoooooo ujung minggu nih nak bercuti naik 'belon'

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Resepi: Sushi

Dah lama nak rasa buat sushi sendiri. Asyik beli je apa kata buat sendiri kan. Aku nih memang peminat sushi. Tapi mampu beli sushi kat Jusco jer lah ekekeke. Tapi tuhlah kan kalau beli tuh macam mahal kalau buat sendiri boleh dapat banyak. Lagi lah anak-anak saudara aku mmg hantu sushi. So seperti biasa hari Sabtu kan hari masak-masak so apa lagi gulung sushi lah. 
Pada yang pertama kali buat sushi tuh boleh lah beli starter pack sushi nak kat Aeon or nama lamanya Jusco. Harganya RM29.90 kalau tak silap aku. Kat dalam starter pack tuh ada 1 bamboo untuk gulung sushi, satu pack halal seaweed, 1 botol cuka sushi yang halal dan 1 botol sos kicap cecah sushi yang halal. Beras sushi pulak boleh dibeli kat Aeon or Jusco jugak, nama berasnya Sumo, satu peket tuh 1 kg jer n harganya RM9.90.

Mula-mula tuh masa beras sushi macam korang masak nasi biasa. Tapi jangan banyak sangat airnya nanti lembik pulak. Lepas tuh boleh lah sediakan inti-inti untuk sushi tuh macam dalam gambar:-
Nombor 1 - In…