Skip to main content

Resepi: Sambal Kupang

Sambal Kupang
Dah lama dah masak benda nih. sempat snap gambar jer tapi tak sempat nak post kat sini. heheh. kupang nih siap dihidang atas pinggan ala vintage gitu. vintage ko kata ek? cuba ko balik kg ada tak korg jumpa pinggan or piring mcm nih. sangat nostalgia gitu tau. hehe. makan kat atas pinggan nih pun rasa mcm sodap jer. uwaa terigt memori masa kat kg. 

Bahan-bahan:-
- 2kg kupang segar (rebus dan buang kulitnya)
- cili boh or lada kering yg telah dikisar. (kuantiti ikut kepedasan korg. kalau aku aku letak dalam 4-5 sudu makan)
- 6 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih, sedikit halia, sedikit belacan (ikut suka kuantiti ada org tak suka letak bawang sgt n ada org suka letak byk2 bawang)<< bahan2 nih dikisar
- 1 biji bawang besar dihiris
- 1 batang serai dititik
- garam n gula secukup rasa

cara2nya 
tumis cili boh or lada kering ngan bawang yg telah dikisar. tumis sampai naik baunya n masukkan serai. pastu tumis sampai sambal tuh dah tukar kaler merah mcm kat atas tuh. masukkan garam n gula secukup rasa. gula tuh takyah lah msk byk sgt sbb kalau kupang fresh mmg dah ada manis kupang nih. last sekali masukkan kupang n siap!

sodap makan ngan nasi panas takpun ngan nasi lomak. simple jer masak nih. lagi simple kalau korg jenis rajin yg suka simpan lada kering n bawang2 yg dah siap dikisar untuk stok seminggu. masak apa2 pun simple kalau stok nih mmg dah tersedia dalam peti ais masing2 hehehe

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.