Selamat Hari Lahir yang ke 70 Mak

menunggu ibu tercinta keluar dari operation theater
Actually sebelum aku fly bercuti ke Sabah last week, ibunda yang tercinta telah di admitted ke hospital. Masa bulan puasa yg lepas aku ada post pasal mak aku sakit masa first day puasa n masa tuh jugak mak aku kena operate buang batu yg ada kat pundi kencing dia. antara prosedurnya adalah kena letak wayar yg bersambung dari buah pinggang ke pundi kencing dibelah kiri n kanan. wayar tuh kena stay untuk 1 bulan. Oleh kerana mak aku mmg sebelum nih dah follow up kat hospital krjn so kitaorg mintaklah KPJ Johor refer ibunda tercinta balik ke spital krjn. Pendek kan cerita mak aku mmg dah dapat appointment utk buang wayar tuh. tapi cuma satu jer yg dapat keluar. yg belah kanan tak dapat nak keluar. dua kali pegi tetap tak dpt kuarkan gak. so spital krjn bagi appointment utk jmp doktor utk tetapkan tarikh operation keluarkan wayar tuh.

Mulah lah mak aku risau n sampai nangis2. so akak aku pun bincang ngan aku utk refer balik kat KPJ Johor.  manalah tahu boleh kuarkan wayar tuh tanpa prosedur surgery. tapi bila pegi KPJ Johor mmg kena operation mcm prosedur masukan wayar tuh haritu. sebabnya wayar tuh dah tersasar dari landasannya. so kitaorg setujulah utk teruskan prosedur nih kat KPJ Johor memandangkan mak aku pun hari2 asyik susah hati jer sbb benda tuh tak kuar2 lagi dari perut dia. n kalau buat kat spital krjn maybe lmbt dpt tarikh operation.  Alhamdulilah. Mak aku tak masuk lama pun kat wad masuk harini esok dah keluar. mula2 risau gak aku n hati aku mmg tak tenang cos hari mak aku operation tuh malamnya aku nak terbang ke sabah n mak aku still kat spital lagi. Tapi syukur alhamdulilah petang lepas operation tuh mak aku dibenarkan keluar. Mak aku pun nak kuar cepat sbb dia tak suka duduk spital lama2.

N minggu nih genaplah umur mak aku 70 tahun. Hari sabtu nih baru nak masak2 n nak celebrate kecil-kecilan. Seriously aku tak rasa aku boleh hidup tanpa dia. Aku tak dapat bayangkan apa yang jadi pada aku kalau dia takda. Aku doakan semoga Allah panjangkan umur mak n beri kesihatan yang berpanjangan buat mak. Sayang mak sangat-sangat. Selamat Hari Lahir Mak!

Comments

  1. semoga mak diberikan kekuatan utk menempuh dugaan ini dan semoga mak cepat sembuh..amin~

    ReplyDelete
  2. Aminnn... terima kasih. alhamdulilah mak saya semakin sihat :))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat