Posts

Showing posts from October, 2013

Mom & Daughter

Image
Current wallpaper. Luv u Mom.

Lama tak share gambar langit

Image
Sejak pakai buah apple nih rasa macam malas nak amik gambar langit. Sebab tak lawo hahahah. Dulu masa pakai Nokia N8 lawa gak sebab 12mp kan ngan lens carl zeisss Tapi sayang aku dah bagi 'pinjam' hp tuh kat anak sedara aku. (pstttt nak balik hp tuh buleh tak Pa? eeeee buruk siku aku nih) Lagipun anak saudara aku dah pakai hp lain sebab hp tuh dah merajuk tuan dia bagi 'pinjam' kat org lain. Kadang-kadang balik kerja, area rumah aku selalu bagi moment yang sgt breathtaking. Kalau balik time senja, matahari tengah nak terbenam, kuning jer masa tuh. Plak tuh nanti turun bukit nampak Gunung Pulai, ahhh memang cantikk. I'm so bless dpt tinggal kat area nih. Masih belum tercemar sebab xda kilang2 yg ada pokok2 dan gunung-ganang. Yehaaaa Instagram nak datang kat Windows Phone Maybe nak testing Windows Phone plak?? Lumia maybe?

Masakkan ibu adalah masakan yang terbaik sekali didunia!

Image
Nasi Goreng terbaik didunia! Betul tak? Memang tak dapat serupa tiru apa yang mak aku masak Even dah ikut resepi dia satu persatu. Mesti ada terlebih garam lah, bawang lah. Macam nasi goreng kat atas nih. Kalau akak-akak aku masak memang tak dapatlah rasa macam mak aku masak. Everything just nice jer. Semuanya secukup rasa. Walaupun dia cuma tumbuk bawang besar tuh 1/2 biji je tapi dapat semua rasa seimbang. Ngan rasa pedas, rasa belacan, rasa bawang, rasa ikan bilis & rasa telur.  Jangan cakap anak-anak dia. Cucu-cucu dia pun selalu me'request' nasi goreng yang digoreng dari air tangan Tok Mak dia hihihihi. Mak aku ni mesti sediakan sarapan utk aku tiap-tiap pagi. Aku tak mintak ek  tapi naluri seorang ibu kan. Walaupun dah 71 tahun tahun nih tetap gigih sediakan sarapan untuk aku. Masa sekolah dulu pun sama. Tiap-tiap pagi mesti sediakan sarapan untuk aku. Mak aku surirumah tangga kan. Tapi utk yang bekerja jangan jadikan alasan bekerja untuk tidak menyedi

The Suspicious Housekeeper

Image
Hihihi entry drama korea. Pada sesiapa yang minat drama korea macam aku nih, sila lah layan drama nih. Memang best walaupun takde hero ensem kat sini ya. Drama nih mengenai mengenai family yang tengah menghadapi konflik keluarga. Bapa curang, Ibu meninggal bunuh diri, gelpren bapak dia muka baik tapi sebenarnya jahat macam setan & Housekeeper plak penuh misteri. Best2 aku suka drama konflik keluarga macam nih. Suami yg curang & gelpren yang hampeh. Nampak baik tapi sbnrnya penyebab isteri lelaki tuh bunuh diri. Anak-anak lelaki yang curang tuh anak bongsu lelaki curang tuh Housekeeper yang sangat misteri! Suruh bunuh pun dia pegi buat tanpa banyak soal. Heroin Winter Sonata & Stairway to heaven nih. Best drama nih memang sangat direkomen untuk ditonton. Siapa-siapa yang ada ASTRO ONE HD boleh lah layan kat situ. Kat Astro-On-The-Go pun ada. Tapi kalau dua2 nih takde boleh layan kat sini ek:- THE SUSPICIOUS HOUSEKEEPER or THE STRANGE HOUSEK

Resepi: Nasi Ayam Hainan

Image
Kali ni nak share resepi nasi ayam hainan yang aku dapat setelah mengoggle semua blog-blog masakkan. Actually nasi ayam nih mudah nak sediakan. Tak remeh kan sebab lauknya satu jer. Ayam. ekekekeke. Selalunya akak aku yang masak nasi ayam hainan tapi haritu dia takde n aku plak teringin nak makan nasi ayam hainan tuh sebab aku gi cuba. Tapi aku cuma igt resepi ayamnya tapi resepi nasinya tak igt plak. Kalau nasi ayam biasa tuh macam tak sama sikit kan so terpaksalah ler goggle resepi nasi nya. Bahan-bahan 600ml air 2 sudu besar majerin 1 sudu besar minyak masak Bahan A 4 ulas bawang putih dicincang halus 5cm halia dihiris halus 1 helai daun pandan 500gm beras siam (aku pakai beras basmathi... sedappp) dicuci dan ditoskan 2 1/2 camca stok ayam maggi/air rebusan ayam 1/2 minyak bijan Cara-cara Tuangkan minyak masak dan cairkan majerin Tumis bawang putih dan halia sampai wangi dan masukkan beras dah gaul sampai sebati. Lepas tuh tuang dalam periuk na

Serawa Durian

Image
Rindunya nak makan benda nih. Durian dah kureng musimnya. Orang jual2 tepi jalan pun dah tak nampak Aku lebih suka makan dengan roti dari pulut huhuhu Cedapnyaaaaa

Makan-Makan: Nasi Ayam Penyet

Image
Blog aku nih kalau takde entry pasal makan memang tak sah kan?? Hahaha dah pemilik blog nih memang suka makan. Nak buat camner kann hihihi. Antara kegemaran aku masa lunch kat opis adalah Nasi Ayam Penyet. Boleh tahan gak Nasi Ayam Penyet nih. RM6 dapat macam kat atas nih. Ayamnya digoreng perfect sekali nak2 tang kulit ayam tuh. I likeeeee! Kira berbaloi lah kalau makan. Lokasi: Jom Makan, Taman Larkin Perdana, Johor Bahru

Resepi: Pari Tumis Asam Belacan

Image
Antara lauk favorite aku nih. Tak kiralah dimasak dengan ikan pari or lain2 ikan or dengan telur goreng ke. Tak pasti nama resepi sebenar lauk nih. Aku panggil tumis asam belacan. Mak aku selalu masak lauk nih n jadi kegemaran kitaorang sekeluarga. Bahan-bahan 1 potongan panjang ikan pari dipotong sederhana 1 biji bawang besar 2 biji bawang putih 1/2 inci halia serbuk kunyit 1 batang lada merah 1 batang lada hijau 5 biji lada padi (ikut suka kalau nak pedas camner) Asam jawa (ikut suka nak masam camner & dibancuh ngan air) 1 inci belacan (dibancuh ngan air) Garam n bahan perasa secukup rasa air Cara-caranya Ikan pari direndam dulu dalam air asam jawa untuk hilang kan hanyirnya. Lepas direndam bersihkan dan gaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sekejap dan angkat. Panaskan minyak n tumis bawang besar, putih, halia n semua lada2 tadi yang telah dipotong halus. Tumis sampai naik bau. Masukkan air asam jawa dan air belacan, garam

Anggur ooh Anggur

Image
Haishhh actually sebelum nih pokok anggur nih menjalar kat rumah aku. Pokok nih menjalar kat Pergola rumah aku dari tahun 2010 Atas sebab tertentu yang tak dapat dielakkan pokok nih dipindahkan kat sekolah akak aku baru2 ni. Kat sekolah tuh pun ada Pergola gak.  Bila pindah tempat baru pokok anggur nih makin gemok. Dan yang paling aku hanginnn sekali boleh plak berbuah. Haisshhhh 3 tahun menjalar kat rumah aku tak berbuah langsung. Masa menjalar kat rumah aku ada yang anggu hijau & anggur purple. Tapi yang purple dah mati sebab abg aku langgar pasunya. Tinggalah anggur hijau nih yang ditransfer ke sekolah akak aku. Xda rezeki nak berbuah kat rumah aku kot * ini yang rasa nak tanam balik pokok anggur kat rumah nih huhuhuhu

Takkan Terpisah...

Image
Sapa follow drama Jodoh Itu Milik Kita? Beberapa minggu pertama aku follow gak drama nih. Tapi sejak beli buku aku tengok muka surat belakang terus tak follow dah Kira macam dah tau lah ending camner.  Hihihihi

The Voice Season 5

Image
Rancangan nyanyi2 kegemaran aku kembali lagi! Kali nih original coach Cee Lo & Chirstina Augilera kembali ke Season 5. Usher & Shakira akan kembali Season 6 nanti. Aku baru jer abih tengok Blind Audition yang telah di PVR dari AXN HD. Bukan apa aku takde masa nak tengok. Lagipun satu episode jer dah 1 jam lebih kan. Sekarang nih dah masuk pusingan Battle round 1 & 2 kat AXN. Kat US plak nak masuk round 3 harini. Actually aku agak kecewa ngan ASTRO bila dapat tahu AF kembali semula. Please lah ASTRO AF dah tak relevan lagi kot. Berapa kerat lah yang tengok program tuh. Aku tanya kengkawan aku haram jadah dah tak layan AF dah. Kat Facebook takde plak orang post status pasal budak2 AF or konsert2 AF. Kitaorang satu family pun dah tak kuasa nak tengok AF. Tengok first episode jer n terfikir camner suara2 macam tuh boleh masuk ek? Sebab diorg ada rupa kot. Aku harap sangat ada THE VOICE MALAYSIA .  Kalau ada The Voice Malaysia sure meletup2

Musim Mempelam kembali lagi!

Image
Tengok buah mangga aku ni. Kali ni berbunga sangat lebat. N setiap bunga2 tuh ada buah2 kecik pelam tuh. Cuma yang sedihnya dalam setangkai bunga tuh tuh mesti yang bertahan cuma 1 jer. Yang lain semer gugur time buah2 kecik2 lagi. Apa-apa pun kali nih buahnya luar biasa lebatnya hihihihi

Pengubat Haus

Image
Rasa sejuk jer tekak kalau minum kan. Tapi tak leh minum selalu bahayaaaa Banyakk gula!

Wishlist: Kasut

Image
Yang mana satu idaman kalbu la la la la la Paling suka yang kaler purple tuh. Tapi harga boleh pengsan. Nasib baik xda saiz kih kih kih kih

Legoland Waterpark 2

Image
Hari Isnin (14/6/2017) anak-anak saudara aku telah berkunjung ke Legoland Waterpark khas untuk pemegang theme park annual pass. Tapi kena bayar RM40 lah seorang. Si Ayip & Abg Mat dia tuh kira dah 2x masuk. First time masa dapat tiket free masa family day Legoland Malaysia. Aku tak ikut pun sebab kerja. So gambar2 nih aku cilok dari anak saudara aku sajer nak share camner Legoland Waterpark tuh. Annual pass tak renew2 lagi nih huhuhu

Workaholic lah sgt!

Image
Weekend sebelum raya, orang lain sibuk prepare utk raya haji,  aku dok buat kerja opis yang tak abis-abis. Kat rumah plak tuh Sighhhhhh

Aidiladha 1434 Hijrah

Image
Cucu-cucu saudara n pak sedara diaorg, Ayip Camner Raya Haji korg? Aku biasa-biasa sahaja. Tahun nih tak buat Qurban so kurang meriah ler. Oleh kerana cuti hanya sehari jer (kecuali budak2 sekolah n cikgu2 sekolah yg dah cuti ganti) so raya biasa-biasa sajer. Akak yg kat Shah Alam pun balik sebelum raya haritu memang tak sempat nak menjamah lauk-pauk kitaorg raya hari ni. Aku plak semalam kerja memang tak apply cuti langsung. Yelah kan susah nak mintak cuti. Tapi dapat plak balik awal. Mintak balik pukul 4 petang tapi bos bagi balik pukul 3.30 petang. Fuhhh alhamdulilah, tak sabar nak balik awal puasa lagi kan hari tuh kalau balik lambat kang buka puasa dalam kereta kang. Raya tahun nih masak2 macam biasa. Akak aku yang prepare awal2 sebab aku kerja. Cuma tak buat sambal goreng pengantin yang biasa buat tiap2 raya. Masa balik dari kerja tuh aku igt akak aku tak buat apa2 preparation utk sambal goreng tuh sebab tunggu aku balik. Rupanya tak buat. Terus sujud syukur aku

Salam Aidiladha 1434 Hijrah

Image
Salam Aidiladha 1434 Hijrah Kenangan Umrah 2011. Rindunya nak pegi sini lagi...

Makan, Makan & Makan

Image
Tengok dalam gambar macam menarik jer kan??? Fuhh rasa macam nak singgah jer siang nanti. Tabahlah wahai hati huhuhuhu

Resepi: Pizza

Image
Kali ni aku nak share resepi Pizza guna kulit tortila. Kalau kat Hypermarket ada jual yang namanya Mission Wrap tuh. Haritu masa bulan puasa nampak kawan aku post gambar kat instagram dia buat macam pizza tapi guna kulit tortila tuh. Kebetulan kat rumah aku memang ada aku simpan stok Mission Wrap tuh so aku pun try ler. Memang sedap n rangup lagi. Aku bakar kat dalam microwave jer since aku tak reti guna oven baru yg akak aku beli (jenis malas nak selak buku instruction) Bahan-bahan Kulit Tortila Mission Wrap (ikut suka nak kulit bawang ke yang plain ke) Base sos = Mayonnaise +  Sos cili (ikut suka kalau nak guna sos spaghetti tomato tuh pun boleh) Tuna dalam tin, sosej di potong, isi ketam (dipotong), udang or ikut suka bahan untuk ditabur nih ayam ke etc Cheese (mozarella ke cheedar ke ikut suka asal sesuai ngan pizza) Cara-cara   Sapukan sos mayonnaise + sos cili sebagai sos base kat kulit tortila mission wrapp. Susunkan bahan-bahan tabur tuh ka

Makan-makan: Ayam panggang, Whipped potato & Roti Panggang

Image
Biarkan gambar ini berkata-kata sendiri ya Ayam Panggang Roti panggang Ayam Panggang & black pepper mushroom sauce & whipped potato  Inilah hobi saya....  memasak ye hihihihi So nak masak apa ye weekend nih??

Groceries Shopping

Image
Healthy lah sangat groceries shopping aku kali nih yer.

Legoland Waterpark Malaysia

Image
Hah! dah lama tak cerita pasal Legoland kan. Aku pun dah lama tak jejak kaki kat Legoland nih. Last sekali pegi bulan 5 haritu. Annual Pass yang aku ada nih pun tak utilize mana pun. Ini pun ada hati nak renew upgrade ke Premium Pass (theme park + water park) Bulan ni satu lagi tarikan kat Legoland Malaysia akan dibuka iaitu LEGOLAND WATERPARK! *kredit gambar2 kat atas nih kat blog2 yg aku amik dari google. Park Map Legoland Malaysia Resort. Legoland Waterpark Malaysia adalah taman tema air LEGOLAND yang terbesar kat dunia. Setakat nih Waterpark yang ada kat Legoland Florida & Legoland California dan yang paling latest adalah di Legoland Malaysia. Antara water slides yang ada kat Legoland Waterpark Malaysia. (gambar atas nih baru jer testing sebab tuh air kaler keruh) Arghh tak sabarnya nak renew and upgrade annual pass aku ke Premium Pass. Anyway anak-anak saudara aku akan merasmikan dulu hari ni Legoland Waterpark nih. Diorg dapat tiket untuk Lego