Jalan-jalan buang duit


Skrg nih macam-macam smartphone ada kat market kan.
Yang murah ada, yang mahal ada.
Yang kecik ada, yang besar pun ada.
Cuma tepuk dada tanya poket jer.
Tapi market sekarang lebih kurang macam Apple vs Samsung.



Aku tak buang duit tapi akak aku yang buang duit.
Akhirnya beli smartphone yang paling murah kot.
Samsung Galaxy Y RM383
Untuk anak dia yg belajar kat UiTM Segamat.
Katanya hp Nokia N8 yang aku bagi tuh asyik hang jer
Mak dia nak call pun susah. Merajuk kot hp tuh, tuannya bagi kat orang lain.
Untung budak-budak sekarang. Hp pun mak belikan.
Dulu aku nak pakai hp beli sendiri.
Pakai duit PTPTN. Opsss bocor rahsia.
1st semester dpt PTPTN lambat masa aku dah masuk semester 2.
Kira macam ada duit lebih kan.
Hp second hand RM200 ngan prepaid Celcom RM180 (yang ini abg aku belanja). 
Kalau Maxis RM200++. Mahal gila prepaid zaman dulu kalau sekrang RM6 pun dah dapat.
Nombor hp first aku tuh still ada lagi n masih pakai sampai sekarang.
Dah 14 tahun kot. Tapi abg aku yang pakai. Dia ambik balik nombor tuh.
Huh! buruk siku.


Camnilah lebih kurang rupa hp pertama aku, Siemens C25.
Tapi dah trade in tahun 2002. Beli Nokia 3315.
Zaman aku dulu-dulu bukan senang nak pakai hp.
Nak beli prepaid pun mahal. Masa aku mula-mula pakai hp. khidmat SMS masih belum ada.
Kalau nampak orang pakai hp, mesti terlopong orang tengok jer.
"Wahhh dia pakai hp lah"

Zaman sekarang dah tak heran. Budak 5 tahun pun dah ada handphone.

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji