I Luv Weekend: Ikan Pari Bakar!


Suka sangat hujungg minggu sebab boleh main masak-masak.
Aku kalau hari kerja memang tak masak kecuali sekali sekala aku ada masa breakfast.
Selalunya ibunda tercinta yang masak hari kerja, so hari minggu aku plak take over.
Haritu pegi Pasar tani nampak ikan pari so apa lagi terus rasa macam nak masak Pari Bakar.


Aku kalau beli ikan pari aku beli pari yang besar-besar tuh.
Yang pari kecik2 or tuka tuh aku kureng sikit actually.
Resepi ikan pari aku senang jer.
Aku guna lada kisar yang memang dah buat stok dalam peti ais rumah aku.
Ini memang resepi simple.

Bahan-bahan
Lada kisar (Lada kering, bawang besar, bawang putih, halia, belacan)
Ikan Pari
Asam Jawa
Gula secukup rasa
Minyak secukup rasa
Garam dan bahan perasa secukup rasa.
Limau kasturi

Cara-cara
Bersihkan ikan pari n rendam ngan asam jawa n garam lebih kurang 20 minit
Bakar Ikan pari atas daun pisang (baru ada bau umphhhh)
Sambil tuh panaskan kuali tumis lada kisar tuh. 
(berapa banyak bergantung kepada selera kalau kuat makan sambal banyak sikit ler ye)
Tumis sampai naik bau. Masukkan garam, bahan perasa n gula secukup rasa.
Tumis sampai sambal tuh tukar kaler merah pekat gitu
Bila ikan pari tuh dah nak masak lumurkan sambal kat atas ikan pari tuh.
Biarkan dalam 5 minit pastu padam api
Siapppp!
Nak makan perah ngan limau kasturi. Baru ada umppphhh


Pastu ada siput sedut masak lomak plak
Alahaiiiiiiii

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji